/Kang Ha Neul tamatkan khidmat tentera hari ini dan tidak sabar jalani rutin sebagai orang awam!

Kang Ha Neul tamatkan khidmat tentera hari ini dan tidak sabar jalani rutin sebagai orang awam!

Kang Ha Neul is back guys!

Pada 23 Mei, selepas 20 bulan jalani khidmat tentera, akhirnya Kang Ha Neul berjaya menamatkannya. Awal pagi ini, diluar kem tentera di Daejeon pelakon tersebut bertemu para peminat serta pemberita yang menyambut kepulangannya sebagai orang awam dan bukan lagi sebagai tentera.

Kang Ha Neul teryata terkejut melihat ramai yang berkumpul untuk melihatnya hari ini. Pelakon yang dilihat tidak keruan itu sambil senyum yang tidak lekang dibibirnya berkata, “Ini kali pertama saya dibebaskan, jadi saya tidak tahu apa yang harus saya katakan. Saya berterima kasih kerana ramai yang hadir hari ini buat saya rasa segan namun gembira pada masa yang sama. Terima kasih kerana setia menunggu saya untuk hari yang bersejarah ini.”

Saat ditanya mengenai pengalamannya dalam tentera, Kang Ha Neul memberitahu, “Saya banyak belajar perkara baru dan tempoh itu adalah momen yang sangat gembira untuk saya. Saya rasakan tempoh dua tahun ini adalah suatu perjalanan yang sangat bermakna. “

Apabila ditanya apa yang dia mahu lakukan, makan atau minum selepas hari pembebasannya ini, Kang Ha Neul menjawab, “Saya belum sempat lagi untuk menelefon keluarga saya. Selain itu, saya inginkan satu tin bir yang sangat sejuk dan menyegarkan.” Pelakon itu juga tidak dapat mengelak soalan popular tentang kumpulan gadis kegemarannya, dan dia menjawab, “Saya menyukai semua orang, tetapi kumpulan yang saya nonton pagi ini … Lovelyz dan TWICE … dan saya saya jarang melihat mereka di TV kebelankangan ini, termasuk Red Velvet juga,”.

Terbaru, Kang Ha Neul telah memberikan persetujuan untuk membintangi sebuah drama terbaru yang merupakan projek pertama setelah beliau tamat perkhidmatannya. Kang Ha Neul akan bergandingan disamping Gong Hyo Jin bagi drama KBS yang bertemakan thriller rom-com berjudul  “When The Camellia Flower Blooms. Drama ini dijangka akan bersiaran sekitar September depan.

Selamat kembali Kang Ha Neul. Kami tidak sabar menantikan anda kembali beraksi.

Sumber : Naver | OSEN

Komentar

comments

loading...