/Netizen terkejut Jungkook BTS tetap membuat aksi terjunan sebelum berenang walaupun tertulis larangan

Netizen terkejut Jungkook BTS tetap membuat aksi terjunan sebelum berenang walaupun tertulis larangan

Jungkook BTS dikenali sebagai ahli kumpulan BTS yang mempunyai hobi penuh berfaedah untuk diisi pada masa lapangnya. Selain berlatih sukan meninju, Jungkook juga dilihat berlatih berenang.

Hari ini, laman twitter rasmi BTS menaikkan video Jungkook melakukan hobinya itu. Namun, yang membuatkan netizen terkesima sekejap ialah apabila mereka melihat Jungkook tetap membuat aksi terjunan sebelum berenang meskipun tertulis larangan. Segelintir netizen menyamakan Jungkook dengan ‘Jared’ bererti ‘baby’ gelaran oleh peminatnya di Amerika Syarikat. Sebilangannya pula lebih berasa dihargai setelah sekian lama tidak melihat Jungkook mandi tak berbaju.

BTS sedang giat mengadakan konsert jelajah di Amerika Syarikat dan pagi tadi baru saja mengadakan persembahan di pentas final The Voice.

Sumber: twitter rasmi BTS

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.