/Bukan lagi mimpi, Hyun Bin & Son Ye Jin bakal ‘diijabkabulkan’ di dalam drama tvN Crash Landing of Love

Bukan lagi mimpi, Hyun Bin & Son Ye Jin bakal ‘diijabkabulkan’ di dalam drama tvN Crash Landing of Love

Siapa yang tak mahu melihat Song Ye Jin dan Hyun Bin sekali lagi dipasangkan di dalam drama romantik terbaru setelah gandingan serasi mereka bersama di dalam filem Negotiation sekian lama dahulu telah mendatangkan gosip liar kononnya mereka sedang bercinta di dunia sebenar. Kedua-duanya sudah pun mengesahkan drama terbaru tvN diberi judul sebagai Crash Landing of Love’ hasil garapan penulis skrip Park Ji Eun.

Kekembalian pasangan Son Ye Jin dan Hyun Bin ke layar emas pula membuatkan penulis terkedu dan berasa dejavu kerana jika diamati kisah yang lalu, Jung Ji Hyun dan Kim So Hyun pun pernah menunjukkan keserasian bersama di dalam filem The Thieves, sebuah filem bercorakkan aksi ‘thriller’ sebelum mereka memilih untuk disatukan di dalam drama romantik, SBS My Loves From The Stars. Hasilnya, drama tersebut meraih ‘ratings’ yang sangat tinggi selain meraih kemenangan Drama of The Year dan Best Actress menerusi lakonan bersahaja Jung Ji Hyun di dalam 3rd CARI Kdrama Awards. Kebetulan, penulis skripnya ialah orang yang sama iaitu Park Ji Eun. Malah, filem ‘Negotiation’ juga adalah bergenre aksi ‘thriller’ seperti juga The Thieves. Mungkinkah magik yang sama bakal berlangsung di dalam drama romantik terbaru nukilannya nanti?

Song Ye Jin  akan memegang watak anak hartawan terkemuka bernama Yoon Seo Ri. Pada suatu hari, kemalangan terjadi apabila Yoon Seo Ri yang sedang leka bermain payung terjun tiba-tiba dilambung angin sehingga terjunam ke sempadan Korea Utara.  Yoon Seo Ri  diselamatkan oleh seorang lelaki yang tinggal di Korea Utara, iaitu Ri Jung Hyuk (lakonan Hyun Bin). Sepanjang berada di sana, Ri Jung Hyuk melindungi Yoon Seo Ri daripada sebarang ancaman askar dan pegawai kerajaan Korea Utara sehinggalah Yoon Seo Ri dapat pulang ke negaranya dengan selamat.

Pengarah Lee Jung Hyo (“tvN Good Wife”, “OCN Life On Mars”, “tvN Romance Is a Bonus Book”) diberi tugas untuk mengemudi drama ini yang dirancangkan tayangannya pada pertengahan tahun ini.

Sumber: IS PlusOSEN

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.