/[Berita @China] Wang Yuan TFBoys kantoi hisap rokok di kawasan larangan

[Berita @China] Wang Yuan TFBoys kantoi hisap rokok di kawasan larangan

Wang Yuan, idol muda kelahiran tanah besar China yang merupakan ahli kumplan TF Boys, didapati telah menghisap rokok di  kawasan larangan iaitu di dalam sebuah restoren terletak di bandar Beijing. Sekiranya didapati bersalah, beliau akan didenda maksimum sebanyak 200 yuan, menurut majlis kesihatan perbandaran Chaoyang.

Sebaik saja gambarnya tertular di weibo sejak semalam, Wang Yuan dikecam oleh netizen kerana beliau dianggap idol yang sepatutnya memberikan pengaruh positif kepada remaja lagi-lagi beliau pernah dilantik sebagai duta Unicef untuk program khas pendidikan kanak-kanak pada tahun 2017. Walaubagaimanapun, Wang Yuan tak cepat melatah dan terus membuat permohonan maaf di laman peribadi weibo miliknya.

“Saya rasa begitu kesal kerana mempengaruhi masyarakat dengan perbuatan buruk. Saya betul-betul minta maaf kerana berikan contoh yang salah , ” kata Wang Yuan yang pernah dilantik sebagai duta Unicef untuk program khas pendidikan kanak-kanak pada tahun 2017.

Wang Yuan dilaporkan telah mengunjungi majlis kesihatan perbandaran Chaoyan sendiri tadi untuk menerima hukuman berkenaan dan dikenakan denda hanya 50 yuan. Seperti juga Malaysia, Beijing telah mengetatkan undang-undang tentang larangan merokok di restoren-restoren awam di dalam kawasan bandar dan inisiatif itu dilakukan dengan memaparkan logo ‘larangan merokok’ untuk mengingatkan rakyat tentang larangan tersebut.

Selain bergelar sebagai penyanyi idol, Wang Yuan yang manis dikenali sebagai Roy Wang ini turut membintangi beberapa filem dan drama termasuklah So Long, My Son dan juga The Great Lord yang akan disiarkan tak lama lagi.

Sumber : sina , bjnews

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.