/Untuk siaran tvN Asia – “Search : WWW”, pantaskah cinta mengubah wanita yang terlalu gila bekerjaya?

Untuk siaran tvN Asia – “Search : WWW”, pantaskah cinta mengubah wanita yang terlalu gila bekerjaya?

 

Di saat ini ramai wanita terlalu pentingkan kerjaya sehingga mereka sanggup mengenepikan naluri bercinta. Mereka sanggup menolak cinta untuk mengejar impian. Namun, mampukah jentikan cinta dapat mengubah kehidupan mereka? Ia terlalu subjektif untuk dihuraikan. Yang pasti terpulang pada penerimaan masing-masing. Seperti yang sering diperkatakan, Cinta itu pelengkap kehidupan.

Apapun, bukanlah perkara serius sebegitu yang ingin dikongsi. Kepada para pengikut serta pencinta drama Korea, pastinya korang used to hear  mengenai drama terbaru tvN “Search : WWW”. Drama ini akan dibintangi oleh Sunshine Boy Jang Gi-yong , Sweetheart  Im Soo-jung , Lee Da-heedan Jeon Hae-jin. Ini merupakan drama ekpress terbaru tontonan ramai yang bakal bersiaran di tvN Asia bagi mengisi slot drama Khamis dan Jumaat. Selain Malaysia, drama ini boleh ditonton di Singapura serta Indonesia dalam masa 24 jam selepas tayangan di Korea.

“Search : WWW” bertemakan fantasi romantis mengisahkan kehidupan tiga wanita kerjaya yang sentiasa bercita-cita tinggi. Mereka bekerja di bahagian pengurusan tertinggi di laman portal terkemuka  dalam industri IT. Kesemuanya berperang dengan kemenangan dan kekalahan dalam dunia pekerjaan untuk menuju kejayaan yang ingin digapai. Dalam mengharungi jalan itu, siapa sangka cinta hadir dalam hidup mereka. Drama ini menggambarkan kisah cinta moden dengan cara yang lebih realistik, dan pastinya akan menambat hati penonton.

Drama bakal memaparkan kehidupan tiga wanita Korea yang hidup di dunia moden. Tiga wanita besi atau ‘iron ladies’ ini adalah Bae Ta-mi (Im Soo-jung), Cha Hyun (Lee Da-hee) dan Song Ka-kyung (Jeong Hae-jin). Disebabkan gaya hidup mereka yang sentiasa memikirkan kerjaya, mereka masih lagi bersendirian tanpa teman. namun mereka masih tunggal kerana gaya hidup kerjaya mereka. Kenapa? cukup mudah, kerana mereka tidak mempercayai cinta dan menganggap bercinta itu satu aktiviti yang membuang masa. Bagi mereka, dengan memberikan tumpuan penuh terhadap dunia kerja,  mereka berjaya bangkit ke puncak kerjaya dan cemerlang dalam sektor teknologi.

Kadang kala, kita merasakan kita tidak memerlukan cinta. Namun tahukah korang, cinta itu akan datang biarpun tanpa kita cari? Kerana cinta itu tahu jalan menuju ke hati korang tanpa bantuan waze waima sesiapun. Cinta tidak pernah salah alamat. ( Ha.. gittew, cia cia cia). Dalam “Searching : WWW” , seorang komposer berbakat Park Mo-geon (Jang Gi-yong), percaya cinta itu menakjubkan dan sesuatu yang hebat. Lantas hatinya terpaut kepada salah seorang daripada tiga wanita besi itu, iaitu Bae Ta-mi. Mampukah cinta Park Mo Geon mengubah persepsi dan membuka hati Bae Ta Mi untuk mempercayai cinta? Jangan lupa saksikan kisah penuh drama ini.

Drama ini akan mula bersiaran bermula 6 Jun depan pada jam 9.45 malam di saluran tvN Asia Ch 395 dan Unifi TV Ch 211 bagi mengisi slot drama Khamis dan Jumaat anda. 

Komentar

comments

loading...