/“Tak muat?..Minta maaf. Lain kali ‘fan meeting’ akan dibuat lagi lebih 3000 tempat,” – Ji Chang Wook

“Tak muat?..Minta maaf. Lain kali ‘fan meeting’ akan dibuat lagi lebih 3000 tempat,” – Ji Chang Wook

Dalam bual bicara di dalam rancangan tv SBS “Night of Real Entertainment” sebentar tadi, selain menceritakan pengalamannya ketika menjalani latihan ketenteraan, Ji Chang Wook ditanya tentang perjumpaan bersama peminatnya di Seoul yang laku habis pada 19 Mei kelmarin.

“Saya tak bersetuju dengan saranan oleh label syarikat untuk diadakan perjumpaan peminat di tempat yang besar kerana lama saya tiada sejak masuk dalam tentera. Tapi lain yang terjadi, tempat yang kecil itu jadi penuh (tak muat) sampai mencecah 1300 kerusi.”

“Saya betul-betul minta maaf. Minta maaf sesangat. Lain kali ‘fan meeting’ akan dibuat lagi lebih 3000 tempat , ” ujarnya secara berseloroh tanpa menyatakan secara spesifik di mana lokasi perjumpaan peminat seterusnya.

Ji Chang Wook bersama peminatnya di Malaysia.

Ji Chang Wook akan membintangi drama tvN ‘Melt Me’ bersama Woh Jin Ah yang akan mula penggambaran tak lama lagi. Sebelum dipanggil untuk berkhidmat, Ji Chang Wook telah menjelajah hampir seluruh rantau Asia termasuklah Hong Kong dan Singapura untuk sesi perjumpaan bersama peminatnya. Walaupun Malaysia tak disenaraikan pada saat-saat akhir pada masa itu, tapi Ji Chang Wook pernah menjenguk Malaysia seketika pada April 2017 lalu untuk mempromosikan filem Fabricated City.

Sumber: xsportnews

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.