/Disangka patung penguin, Lee Jun Ho 2PM tak nafikan mereka memang serupa

Disangka patung penguin, Lee Jun Ho 2PM tak nafikan mereka memang serupa

Lee Jun Ho sempat bergurau dengan peminatnya di laman sosial dengan memuatnaik satu gambar swafoto diambilnya bersama patung penguin.

Sambil mengacahkan muka di sebelah patung tersebut, Lee Jun Ho berkata mereka berdua memang serupa. Rata-rata netizen memuji gandingan itu agak comel untuk diperkatakan. Seorang netizen turut bertanya samada ia sebuah permainan untuk mereka meneka perbezaan antara satu sama lain.

Bercakap tentang kerjayanya, Lee Jun Ho telah selesai membintangi drama bergenre jenayah misteri, tvN Confession dan sedang bersedia untuk mempromosikan filem lakonannya, Homme Fatale yang akan ditayangkan di pawagam pada bulan Jun ini.

Sumber: instagram Lee Jun Ho

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.