/Kim Jae Hwan vs Got7, siapakah bakal mendominasi carta muzik harian Korea pada malam ini?

Kim Jae Hwan vs Got7, siapakah bakal mendominasi carta muzik harian Korea pada malam ini?

Yang menjadikan industri kpop terus maju apabila penyanyi-penyanyi tak kisah untuk menurunkan single pada waktu yang sama walaupun terpaksa bersaing merebut pelanggan mereka kebanyakannya daripada penggemar muzik.

Kim Jae Hwan, bekas ahli Wanna One ini, mengeluarkan single terbarunya berjudul ‘Begin Again’ bergenre balad R&B disaingi oleh kumpulan kpop Got7 dengan single mereka berentak pop, ‘Eclipse’ pada hari yang sama dan juga pada waktu yang lebih kurang sama. Video klip ‘Begin Again’ memaparkan aktress Kim Yoo Jung bergandingan bersama Kim Jae Hwan, menggambarkan keadaan dua merpati sejoli yang sedang aman-aman bercinta sebelum salah seorang terpaksa menerima hakikat kehilangan pasangannya. Manakala, video klip ‘Eclipse’ pula memaparkan metafora  malam bertukar siang dengan berlatarbelakangkan bulan sebagai penerang kepada kegelapan mereka. Kedua-dua single tersebut disokong dengan album masing-masing iaitu ‘Another’ dan ‘Spinning Top’.

Bercakap dengan media tadi, Kim Jae Hwan mahu menonjolkan variasi sebagai idol dan juga penggubah lagi. Menjadikan Bruno Mars sebagai sumber inspirasinya, Kim Jae Hwan berminat untuk menyanyikan lagu funk yang bersadurkan R&B di masa hadapan.”Saya mahu jadi idol yang betul-betul bagus dalam nyanyian dan muzik, dan menunjukkan dia boleh berkembang menjadi lebih matang.”

Sementara itu, Got7 juga turut ditanya tentang konsep albumnya yang mungkin agak asing dengan peminat mereka di Korea. “Saya ditanya berbagai-bagai soalan tentang kelemahan kami di Korea berbanding di luar negara, kami tetap juga alami situasi berkenaan. Tapi, saya rasa kami sudah makin diterima di Korea juga, ” kata DJ Snake, salah seorang ahli kumpulan itu.

Serentak dengan pelancaran single masing-masing, Kim Jae Hwan dan Got7 akan bersaing merebut kedudukan teratas dalam carta muzik harian pada malam ini.  Sama-sama kita saksikan siapakah antara mereka yang bakal mendominasi.

Nota kaki: Kim Jae Hwan akan mengadakan konsert jelajah solonya di Malaysia pada 27 Julai 2019 ini. Segala maklumat boleh layari di sini.

Sumber: OSEN 1 (Kim jae Hwan) ,  OSEN 2 (Got7)

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.