/Bimbang Do Kyung Soo disebut-sebut akan keluar EXO lagi, peminat gesa SM berterus-terang dengan mereka

Bimbang Do Kyung Soo disebut-sebut akan keluar EXO lagi, peminat gesa SM berterus-terang dengan mereka

Saban hari tak kedengaran berita tentang sosok bernama Do Kyung Soo semenjak idol bergelar pelakon itu memenangi Popular Actor di dalam 55th Baeksang Awards yang lalu membuatkan segelintir peminatnya terutamanya dalam kalangan Exol, berasa gusar.

 

Menurut surat yang ditulis bersama itu, mereka mendakwa SM Entertainment langsung tak memaklumkan mereka sebarang aktiviti dan perancangan terkini pelakon itu sepanjang enam bulan sejak beliau bercuti panjang pada awal tahun hari itu Mereka tertanya-tanya samada keputusan Do Kyung Soo mahu bergerak solo tidak dipersetujui oleh labelnya itu lalu menyebabkan tersebarnya desas-desus mengatakan beliau akan keluar EXO walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh labelnya itu.

Namun, sekali lagi mereka tak berpuas hati apabila tiada berita tentang perancangan terkininya sejak beliau tak memunculkan dirinya di dalam anugerah Baeksang baru-baru ini untuk menerima trofi berkenaan. Oleh yang demikian, mereka menggesa SM supaya lebih terbuka dengan peminat tentang apa sebenarnya yang SM rancangkan untuk Do Kyung Soo serta memberikan lebih banyak peluang kepadanya untuk menjadi penyanyi dan pelakon yang berjaya sementara beliau belum lagi dipanggil untuk menjalani latihan ketenteraan. Tanda pagar #SupportForKyungSoo dinaikkan di laman twitter serentak dengan itu.

Do Kyung Soo bukan saja dikenali di Korea saja, bahkan di Malaysia juga apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang Popular Actor 7th CARI Kdrama Awards menerusi undian netizen Malaysia dengan menumpaskan nama-nama hebat lain seperti Park Seo Joon, Jung Hae In, Lee Byung Hun dan Seo Kang Joon. Sebelum itu, beliau juga pernah memegang takhta Kmania Top Star untuk edisi bulan October 2018 menerusi undian peminatnya di Malaysia. Berkenaan cerita terkini Do Kyung Soo pula, semalam Do Kyung Soo dilihat keluar bercuti ke Jepun bersama-sama dengan Kim Woo Bin, Jo In Sung dan Lee Kwang Soo setelah mereka muncul di lapangan terbang Gimpo.

Sumber:  topstarnews , twitter fans D.O.

Komentar

comments

loading...