/Seorang ahli kumpulan K-POP popular disiasat kerana dadah

Seorang ahli kumpulan K-POP popular disiasat kerana dadah

Portal media Korea melaporkan bahawa seorang ahli kumpulan idol Korea yang terkenal kini sedang disiasat polis kerana dadah.

Pada 16 Mei, Polis Seocho mendedahkan penyanyi idol berkenaan didapati negatif dalam ujian pengesanan penyalahgunaan dadah dalam air kencing.  Walau bagaimanapun, mereka merancang untuk menghantar sampel air kencing dan rambut ke Perkhidmatan Forensik Negara untuk pemeriksaan yang lebih tepat.

Penggunaan dadah yang dilakukan oleh idol itu dilaporkan oleh Jang, seorang lelaki berusia 30-an yang tinggal bersama penyanyi tersebut . Pada awal pagi semalam, Jang ditangkap kerana cuba membakar rumah mereka setelah bertengkar dengan anggota kumpulan K-POP popular itu. Sewaktu polis menjalankan siasatan, Jang mendakwa idol tersebut mengambil Zolpidem.

Mengenai penggunaan Zolpidem, agensi idol itu menyatakan, “Ubat tersebut telah mendapat kebenaran pihak kesihatan dan diamalkan dengan prosedur yang betul oleh idol tersebut untuk mengawal gangguan kebimbangan (anxiety disorder).

Polis juga memberitahu bahawa penyanyi berkenaan turut menyertai siasatan atas kapasiti mangsa.

Sumber : Naver

TAGS:

Komentar

comments

loading...