/Monsta X sergah peminatnya di dalam kartun animasi Amerika, ‘We Bare Bears’

Monsta X sergah peminatnya di dalam kartun animasi Amerika, ‘We Bare Bears’

Bagi peminat kumpulan kpop MONSTA X, pasti kemunculan MONSTA X di dalam rancangan tv di luar rantau Asia adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.

Tapi lain pula terjadi kali ini apabila produser We Bare Bears yang pernah tercalon anugerah Emmy akan menampilkan MONSTA X di dalam kartun animasi mereka. Kesemua ahli MONSTA 7 diterjemahkan dalam bentuk karikatur seperti ditunjukkan di bawah. Dapat cam tak yang mana satu bias anda?

Episod tersebut berkisarkan tentang dua sahabat sejati Monbebe Panda, Grizz dan Ice Beat merancang sesuatu yang tak dijangkanya untuk membawanya bersemuka sendiri idol kesukaannya, Monsta X sempena hadiah hari jadinya. Ia akan disiarkan pada Jumaat, 9 Ogos 2019 ini pada jam 9 pagi di cenel Cartoon Network (Astro Ch 616) dan Oh!K (Astro Ch 394).

Video ‘preview’ : VIMEO

Setelah kembali dengan single ‘Alligator’ dan album ‘Take 2: We Are Here’ pada awal tahun ini, MONSTA X akan menggegarkan pentas Malaysia pada 22 Jun 2019 ini di Stadium Malawati, Shah Alam apabila meletakkan Malaysia dalam senarai konsert jelajah mereka untuk tahun ini. Tiket boleh diperolehi di sini.

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.