/Pelatih Produce 101, Kim Seong Ri dikejarkan ke hospital kerana sakit belakang

Pelatih Produce 101, Kim Seong Ri dikejarkan ke hospital kerana sakit belakang

Kim Seong Ri, salah seorang pelatih yang bertanding di dalam rancangan realiti tv Produce 101 pada dua tahun lepas telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit belakang.

Menurut sumber terdekat, Kim Seong Ri sedang menjalani rawatan bagi mengelakkan sebarang komplikasi akibat penyakit yang dialaminya.

“Saya menderita disebabkan sakit belakang tak henti-henti sewaktu melakukan persembahan di atas pentas dan terpaksa mengambil ‘painkillers’ untuk mengurangkannya. Saya rasa dapat tahu apa yang berlaku selepas lakukan pemeriksaan,” katanya kepada wartawan berkenaan.

Sejak digugurkan lebih awal daripada rancangan ‘survival’ itu, Kim Seong Ri cuba bergiat aktif sebagai artis solo dengan album mini, ‘First Love.’

Sumber: spottvnews

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.