/Trend Solekan Korea Pada Tahun 2019

Trend Solekan Korea Pada Tahun 2019

Baru-baru ni Allure.com telah bertemu dengan juru solek terkenal Jo Hyemin, Natalie Lee dan beberapa tenaga pekerja dari Jenny House di Seoul baru-baru. Jenny House ini merupakan satu salon terkenal dalam kalangan selebriti seperti Park Shin Hye, Lee Sung Kyung dan ramai lagi. Hasil temu bual ini memberi kesimpulan 3 gaya solekan terkini yang menjadi kegemaran di Korea pada tahun 2019 ini.

1) Bulu Mata Yang Nipis

Lupakan bulu mata palsu yang tebal dan panjang. Menurut Jo Hyemin dalam laporan Allure menjelas, di Korea kini mereka lebih menyukai bulu mata yang tidak terlalu tebal. Apa yang sering dilakukan di Korea adalah mereka menggayakan bulu mata asli mereka dengan gaya lebih dramatik. Bulu mata asli tetapi lebih “curl”. Mereka amat menekankan proses menggulungkan bulu mata terlebih dahulu sebelum memakai maskara. Hasilnya, memastikan mata mereka kelihatan lebih besar, comel dan aegyo.

2) Gincu berona Fuchsia Matte

Sebelum ini, trend untuk gincu bibir berwarna lembut, “gradient” ataupun lebih lembap dan “glossy” yang sering menjadi gaya-gaya solekan di dalam drama mahupun video klip. Namun kini berlakunya perubahan dalam gaya solekan bibir. Menurut Natalie Lee pula, di Korea mula popular dengan gaya solekan bibir yang penuh dan lebih mungil. Selain dari mendapat bantuan doktor estetik,  ramai yang mula melukis bibir mereka dengan gincu matte berwarna Fuchsia ataupun merah jambu terang. Gaya ini pembaca lihat sering digayakan oleh HyunA bahkan juga banyak di tampilkan di drama terbaru lakonan Park Min Young iaitu Her Private Live.

View this post on Instagram

@suecommabonnie

A post shared by Hyekyo Song (@kyo1122) on

3) Solekan Penuh Berona Coral

Gaya seterusnya, mengikut pendapat peribadi penulis tidaklah begitu baru. Bahkan penulis sering kali melihat gaya ini dari tahun lepas lagi. Solekan penuh satu ton dari pembayang mata, ke pipi dan langsung ke bibir sering kali di tampilkan dari tahun lepas. Menurut beberapa juru solek Jenny House menjelaskan, warna Coral ini amat bersesuaian dengan kulit wajah orang Korea. Bahkan warna ini dikatakan warna tahunan untuk semua warna solekan dari mata, pipi dan bibir. Teringat pula penulis kepada rambut Jimin dalam video klip Boys With Luv. Menurut Jo Hyemin, masyarakat di sana tidak takut untuk mengenakan warna coral dalam solekan penuh mereka.

Beliau juga menggunakan pendekatan yang sama dalam solekan harian beliau. Jo menjelaskan gaya solekan mata lebih ditumpukan ke arah ke bawah berbanding gaya Hollywood yang menaikkan arah sapuan pembayang mata untuk menghasilkan mata yang galak. Perbezaan ini merupakan satu gaya unggul bagi solekan mata Korea yang di sebut sebagai “puppy eye look”. Manis, manja dan comel. Bagi pipi pula, fokus blusher anda di tengah-tengah “apple cheeks” untuk menghasilkan gaya lebih muda dan menyegarkan aura wajah anda. Selepas itu, akhiri gaya solekan anda dengan menyapu gincu berona sama di bibir anda. Siap wajah yang berona manis, manja dan penuh aegyo untuk keluar beriadah.

Sekali lagi, penulis merasakan trend 1 sehinggalah 3 ini benar-benar mengolah gaya solekan dalam drama Her Private Life. Mungkin, drama ini bakal menjadi ikutan dalam gaya solekan bagi peminat Kbeauty dan juga Kdrama.

Sumber: Allure & Jenny House

Komentar

comments

loading...