/Terdesak untuk selamatkan suami, Park Han Byul minta mahkamah gugurkan tahanan reman ke atas suaminya semalam

Terdesak untuk selamatkan suami, Park Han Byul minta mahkamah gugurkan tahanan reman ke atas suaminya semalam

Semalam, mahkamah telah menolak permohonan tahanan reman terhadap Seungri dan suami kepada pelakon Park Han Byul, Yu In Suk di atas pendakwaan kes menyeleweng jutaan won.

Hari ini, dilaporkan pula bahawa Park Han Byul sebenarnya telah menghantar petisyen berbentuk surat dengan tiga muka surat menerusi peguamnya bagi menyokong pihak pembelaan suaminya dalam menuntut mahkamah supaya menolak perintah tahanan reman terhadap Seungri dan suaminya, Yu In Suk sebelum dibicarakan.

Di dalam petisyen berkenaan, Park Han Byul berkata, “Suami saya tak berfikir untuk melarikan diri. Maka, sebagai isteri, saya berjanji suami saya akan dibicarakan tanpa perlu ditahan.”

Manakala, agensi yang mewakili Park Han Byul, Fly Up Entertainment tak dapat memberikan komen lanjut mengenai tindakannya itu. “Ia suatu yang privasi ,” kata agensi tersebut.

Yu In Suk dan Seungri akan dibicarakan di mahkamah nanti untuk kedua-dua pendakwaan iaitu kes penyelewengan duit syarikat dan penglibatan mereka sebagai ‘bapa ayam’.

Sumber: donga

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.