/Seungri terlepas lagi; mahkamah tak mahu luluskan perintah tahanan reman atas dakwaan seleweng wang

Seungri terlepas lagi; mahkamah tak mahu luluskan perintah tahanan reman atas dakwaan seleweng wang

Setelah menunggu berjam-jam, akhirnya mahkamah seksyen Seoul memutuskan untuk tak meluluskan perintah tahanan reman terhadap Seungri setelah dipohon oleh pihak polis sebelum dibicarakan di mahkamah nanti.

Bermula jam 10.30 pagi tadi, Seungri telah dipanggil untuk memberikan keterangan di hadapan mahkamah. Proses itu berlangsung selama 2 jam setengah. Namun, keputusannya diumumkan pada lebih kurang jam 10.00 malam tadi.

Hakim yang mengendalikan permohonan tahanan reman berkenaan berkata , “Saya tak nampak keperluan untuk memberikan perintah tersebut.”. Sebelum ini, polis memohon perintah tahan reman kerana dikhuatiri tertuduh akan merosakkan bukti-bukti yang boleh mengaitkannya dengan kesalahan menyeleweng wang syarikat sebanyak jutaan won. Polis juga memohon reman untuk pendakwaan ke atas Seungri sebagai bapa ayam yang menyediakan khidmat pelacuran kepada golongan VVIP dan selebriti sepanjang memegang jawatan sebagai pengarah kelab Burning Sun.

Seungri dituduh menyediakan khidmat pelacuran kepada pelabur-pelabur asing sewaktu parti hari jadinya yang bertempat di Palawan, Filipina pada Disember 2017. Selain itu, Seungri turut disiasat di atas menyonglap jutaan won daripada Glass Goldings, sebuah syarikat yang dikendalinya bersama Yu In Suk. Mereka akan didakwa dan dibicarakan bersama-sama di mahkamah nanti atas kedua-dua kesalahan tersebut.

Sumber: news1

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.