/Datang menemani Jo In Sung, Kim Woo Bin dilihat semakin aktif walaupun bergelut dengan kanser hidung

Datang menemani Jo In Sung, Kim Woo Bin dilihat semakin aktif walaupun bergelut dengan kanser hidung

 

Kim Woo Bin hari ini dilaporkan telah mengunjungi satu majlis meraikan kedatangan hari ulang tahun Siddhartha Gautama bagi penganut Buddha (atau dikenali sebagai Wesak di Malaysia).

Menurut BNT Buddhist TV, Kim Woo Bin dikatakan datang untuk menemani Jo In Sung melihat adik Jo In Sung, Jung Ryun dinaikkan status sebagai sami Budhha.

Sementara itu, Sidus HQ yang dihubungi tentang status terkini pelakon itu berkata, ” Kami tak pasti samada Kim Woo Bin penganut tegar atau tidak. Tetapi, dia memang datang untuk menemani Jo In Sung sebagai kawannya. Kim Woo Bin tengah sihat. “

Kim Woo Bin sebelum ini telah didapati menghidapi barah hidung dan terpaksa menjalani rawatan kemoterapi secara beransur-ansur sejak kanser itu dikesan pada tahun 2017 yang lalu. Beliau juga mengambil keputusan untuk memberhentikan segala aktiviti bagi menumpukan sepenuhnya pada rawatan yang mengkhususkan kepada penghidap penyakit kanser itu.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.