/Kang Sung Hoon dikecam kerana dengan selamba kata Sung Jae (BTOB) hodoh & berasa jijik disamakan dengan Cha Eun Woo

Kang Sung Hoon dikecam kerana dengan selamba kata Sung Jae (BTOB) hodoh & berasa jijik disamakan dengan Cha Eun Woo

Video yang dimuatnaik oleh mantan  peminat Kang Sung Hoon tular di media sosial apabila Kang Sung Hoon dengan selamba menggelarkan idol generasi terkini mempunyai rupa yang hodoh belaka termasuklah BTOB.

Mengulas kenapa beliau mengatakan mereka hodoh, Kang Sung Hoon pernah pergi ke salun selebriti sehingga beliau tak mampu menahan rasa jijiknya terhadap kulit mereka yang agak kotor dan buruk. Kang Sung Hoon turut menambah beliau tak pernah menyaksikan idol mempunyai rupa setampan TVXQ sejak daripada itu.

Ketika peminatnya itu memberikan BTOB sebagai contohnya, Kang Sung Hoon akui kesemuanya hodoh dan tak menepati citarasa dirinya. Beliau turut berkata  akan menghasilkan idol berdasarkan kriteria rupa yang elok berbanding apa yang diketengahkan industri sekarang.

Ia bukan perkara baharu buat Kang Sung Hoon kerana beliau pernah terasa jijik dibandingkan dengan Cha Eun Woo dahulu di dalam MBC ‘Video Star’ walaupun pada masa itu pengakuannya itu diambil sebagai gurauan. Kang Sung Hoon berkata di dalam rancangan itu , ” Macam mana korang boleh bandingkan aku dengan Cha Eun Woo ? Aku tak pasti aku jadi ‘handsome’ semula selepas lihat gambar kami berdua.” Sejak tertular video peminat itu semalam, sekarang barulah netizen menyedari pengakuan Kang Sung Hoon itu adalah datang dari hatinya, bukan saja-saja atas dasar gurauan.

Serentak dengan itu, majoriti netizen berasa meluat dengan pengakuan Kang Sung Hoon tersebut sehingga ada menggelarkan Kang Sung Hoon sudah mereput usianya dan tunggu masa untuk dikuburkan terus daripada industri hiburan. Sesetengah Melody yang merujuk kepada kelab peminat BTOB, juga tak bersetuju dengan pendedahan oleh Kang Sung Hoon itu kerana idol yang senior tak akan sesekali melabelkan idol generasi muda dengan gelaran yang buruk. Kata netizen lagi, ia menjadi tanggungjawab mereka untuk menjadi ‘role model’ yang baik buat generasi kpop yang lebih muda.

Kang Sung Hoon merupakan bekas kumpulan kpop Sechs Kies, generasi pertama kpop selepas SeoTaiji & Boys serta sebaris populariti mereka dengan Shinhwa, H.O.T dan G.O.D di zaman kemuncak mereka. Beliau pernah dituduh melakukan khianat terhadap peminatnya dengan menyeleweng duit persatuan mereka sehingga membawa kepada penyingkiran Kang Sung Hoon daripada Sechs Kies.

Sumber : spottvnewsallkpop

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.