/Han Suk Kyu & Seo Hyun Jin akan direkruit semula untuk sekuel kepada Romantic Doctors, Teacher Kim ?

Han Suk Kyu & Seo Hyun Jin akan direkruit semula untuk sekuel kepada Romantic Doctors, Teacher Kim ?

Pihak produksi SBS sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sekuel kepada drama Romantic Doctors, Teacher Kim yang pernah popular pada akhir tahun 2016 lepas.

Mereka sedang mendapatkan Han Suk Kyu, Seo Hyun Jin dan Yoo Yeon Suk semula untuk membintangi drama bersiri tersebut, dan mungkin juga Kim Hye Soo yang pernah membuat ‘cameo’ di akhir cerita serta Yang Se Jong yang menjadi pesaing buat Yoo Yeon Suk. Walaubagaimanapun, berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada wartawan OSEN, Yoon Yeon Suk telah mengesahkan bahawa dia tak akan muncul di dalam sekuel tersebut.

Han Suk Kyu  yang membawa watak sebagai doktor bedah genius yang penuh berprinsip dengan gayanya tersendiri di dalam drama tersebut diberitakan belum menerima skrip lagi daripada pihak SBS untuk dipertimbangkan secara positif. Manakala, Seo Hyun Jin yang melakonkan watak doktor bedah muda yang menjadikan Kim Sak Bu sebagai mentornya di dalam drama itu, pula mengatakan dia sedang menumpukan pada skrip yang diberikan oleh pihak produksi tvN untuk drama terbaru Black Dog sebelum menerimanya dengan sepenuh hati.

Tiada maklumat tentang jalan cerita untuk sekuel terbaru ini melainkan SBS sendiri sudah mengesahkan teraju utamanya, Han Suk Kyu akan membintangi drama ini. SBS Romantic Doctors, Teacher Kim sebelum ini telah berjaya meraih ‘ratings’ tertinggi dan menaikkan nama ketiga-tiga pelakon utama termasuklah Seo Hyun Jin selepas mempamerkan lakonan mengujakan di dalam tvN Another Oh Hae Young beberapa bulan sebelum itu. Drama ini juga menggodol empat pencalonan kategori terbaik di dalam 6th CARI Kdrama Awards lalu, iaitu Drama of The Year, Best Director, Best Actor (Han Suk Kyu) dan Best Original Score selain dua lagi pencalonan untuk kategori popular iaitu Popular Ahjussi dan Popular Rookie Actor (Yang Se Jong) walaupun tak membawa pulang sebarang anugerah.

Siri ke-2 ini dirancang untuk tayangan menjelang akhir tahun ini pada sekitar bulan November.

Sumber: OSEN, mydaily

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.