/Teringin lakonkan watak lesbian di masa akan datang, kali ini Kim Seo Hyung ditawarkan pula jadi detektif dalam drama terbaru

Teringin lakonkan watak lesbian di masa akan datang, kali ini Kim Seo Hyung ditawarkan pula jadi detektif dalam drama terbaru

Kim Seo Hyung dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membintangi drama terbaru SBS berjudul ‘Nobody Now’ sebagai detektif polis.

Beliau akan membawa watak Cha Young Jin, ketua unit penyiasatan polis ditugaskan di daerah Gyeonggi. Menurut jurucakap rasmi , “Kim Seo Hyung akan menghasilkan karakter yang lebih hebat dan lain daripada kebiasaan, seperti dibuktikannya di dalam Sky Castle sebelum ini.” Walaubagaimanapun, agensinya, Saram Entertainment mengatakan Kim Seo Hyung hanya baru mempertimbangkan projek drama itu secara positif.

Kim Seo Hyung dikenali sebagai seorang terbuka dalam membuat pilihan tentang watak yang bakal dilakonkannya di masa akan datang. Sebelum ini, beliau pernah mengaku dengan majalah GQ Korea untuk melakonkan watak lesbian atau biseksual seperti Cate Blancett di dalam filem Carol, yakni dalam keadaan seseorang yang mempunyai suami tetapi mencintai wanita lain. Kebanyakan watak-watak lakonannya menampilkan dirinya sebagai feminis seperti di dalam jtbc SKY Castle dan tvN The Good Wife. Hasil lakonan yang hebat sebagai ketua unit peperiksaan di dalam jtbc SKY Castle telah menyebabkannya tercalon Best Actress di dalam 55th Baeksang Art Awards baru-baru ini walaupun tewas kepada rakan pelakon di dalam drama yang sama.

SBS ‘Nobody Now’ dirancang untuk tayangan pada pertengahan tahun ini.

Sumber: newsen , tv report , xsportnews

Komentar

comments

loading...