/Adakah Malaysia termasuk dalam senarai lokasi Got7 2019 World Tour ?

Adakah Malaysia termasuk dalam senarai lokasi Got7 2019 World Tour ?

Got7 sahaja baru mengumumkan permulaan jelajah konsert mereka untuk tahun 2019 di akaun Twitter rasmi mereka: @GOT7Official.  Mereka akan memulakan “comeback” dengan album baru pada 20 May ini . Comeback ini dengan tema tanda pagar #Got7_SpinningTop serta #Got7_Between_Security_And_Insecurity. Konsert jelajah akan dilancarkan di Seoul , Korea bermula pada 15 dan 16 Jun .

17 lokasi telah pun disahkankan seperti poster di bawah yang merangkumi benua Amerika, Eropah. Namun untuk Asia Tenggara cuma Manila sahaja yang telah disahkan. Tiada nama Malaysia tetapi mungkin masih ada harapan kerana di penghujung poster ada ayat dan banyak lagi / “and more.”

Ini merupakan jelajah dunia ketiga bagi Got7 selepas Fly dan Eyes on You, yang mana Malaysia tiada dalam senarai. Kali terakhir Got7 datang ke Malaysia adalah untuk majlis perjumpaan peminat “Flight Log : Turbulence” pada tahun 2016. Marilah kita berharap ada penganjur yang sudi membawakan Got7 untuk jelajah kali ini. Lagipun,  sesuai dengan tema “Spinning Top” dan “Keep Spinning” Malaysia pun ada ada permainan gasing sendiri tahu?  Harap JYP dengarlah bisikan harapan anak-anak burung ( Ahgase) di Malaysia.

Saksikan video promosi Got7 Keep Spinning World Tour :

Anda rasa Malaysia akan tersenarai atau tidak ?

Baca lagi : JYP beri amaran terhadap cubaan ‘mengendap’ Jackson Wang & GOT7 berterusan oleh peminat sasaeng

TAGS:

Komentar

comments

loading...