/Didakwa sebagai bapa ayam & menyonglap duit, polis cuba dapatkan perintah reman semula terhadap Seungri minggu depan

Didakwa sebagai bapa ayam & menyonglap duit, polis cuba dapatkan perintah reman semula terhadap Seungri minggu depan

Walaupun polis gagal mendapat perintah reman terhadap Seungri secepat mungkin kerana Seungri tak mahu mengaku bersalah, mereka tampaknya sedang berusaha untuk mendapatnya semula bermula minggu hadapan untuk mendakwanya di atas kesalahan menyediakan khidmat pelacuran secara haram dan menyeleweng duit sebanyak 200 juta won.

Menurut laporan MBC news, polis telah menemui bukti bahawa Seungri telah menyonglap duit sebanyak 200 juta won daripada kelab Burning Sun, tempatnya menjadi pengarah bukan eksekutif. Polis juga telah mendapat rekod pengakuan daripada beberapa wanita yang jadi mangsa pelacuran di bawah perkhidmatan disediakan oleh Seungri. Disebabkan Seungri akan didakwa lebih 17 tuduhan, mahkamah mungkin mempertimbangkan kemungkinan Seungri akan melarikan diri dan membolehkan polis mendapatkan perintah tahanan reman tak lama lagi.

Skandal penglibatan Seungri sebagai bapa ayam dan menyeleweng duit mula menular sejak kes serangan seksual kelab Burning Sun mendapat perhatian media pada akhir tahun 2018 lalu. Pendedahan berterusan skandal Seungri membawa kepada pembongkaran skandal rakaman seks oleh Jun Joon Young dan Choi Jong Hoon yang akhirnya menyebabkan mereka ditahan polis untuk didakwa di mahkamah.

Sumber: KBS news, MBC News , yonhap news

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.