/Bukan saja Jung Joon Young & Park Yoo Chun, malah Seungri juga bakal meringkuk dalam lokap

Bukan saja Jung Joon Young & Park Yoo Chun, malah Seungri juga bakal meringkuk dalam lokap

Polis telah mengumumkan bahawa mereka sedang memohon waran tangkapan terhadap Seungri, bekas ahli kumpulan Big Bang di atas kesalahan menyediakan khidmat pelacuran (‘bapa ayam’) dan penyelewengan duit syarikat.

Menurut pengarah jabatan Polis Metropolital Seoul, Won Kyung Wan, siasatan ke atas Seungri sudah hampir selesai. “Waran tangkapan diberikan jika isu terlalu serius dan suspek berkemungkinan akan melarikan diri atau menyembunyikan bukti. Kami tinggalkan kepada mahkamah untuk memutuskannya.”

Polis menyiasat dakwaan itu berdasarkan keratan mesej ‘KakaoTalk’ yang terkandung di dalam laman ‘chatroom’ yang membawa kepada penemuan rangkaian pelacuran di dalam parti yang dianjurkan di Palawan tak lama dahulu. “Palawan sudah cukup terbukti, cuma untuk didakwa saja.”

Jun Joon Young dan Park Yoo Chun telah meringkuk di dalam lokap sementara tunggu dibicarakan di mahkamah  masing-masing di atas kesalahan menyebarkan video seks mangsa tanpa kerelaan mereka dan kesalahan penyalahgunaan dadah, menjadikan Seungri selebriti Korea ketiga bakal menghuni di dalam lokap sebelum perbicaraan bermula.

Sumber: chosun ilbo

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.