/3 drama bersiri dicadang untuk tvN Arthadal Chronicles lakonan Song Joong Ki, Kim Ji Won & Jang Dong Gun

3 drama bersiri dicadang untuk tvN Arthadal Chronicles lakonan Song Joong Ki, Kim Ji Won & Jang Dong Gun

Walaupun berhadapan dengan masalah melibatkan krew produksi sebelum ini, Studio Dragon dan pengarah Km Won Suk (pemenang dua kali Best Director CARI Kdrama Awards) sedang merancang untuk menghasilkan tiga drama bersiri bagi drama epik tvN Asadal Chronicles (“Arthadal Chronicles”) yang mana musim pertamanya akan bersiaran pada Jun 2019 ini. Mereka telah pun mengesahkan akan menyambung siri pertama tersebut dengan musim ke-2.

tvN Asadal Chronicles yang bakal dibintangi oleh Song Joong Ki, Kim Ji Won dan Jang Dong Gun serta dianggarkan menelan bajet produksi sebanyak 400 billion won (RM1.45 billion) ini adalah berkisarkan tentang drama fantasi peredaran masa yang berkisarkan tentang kuasa, cinta, dan pembangunan yang berlaku di bandar Asadal, yang dikatakan sebagai ibu kota di zaman Gojoseon dahulu.

Sumber: star mt

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.