/TWICE telah jauh tinggalkan S.E.S, Girls’ Generation & Blackpink ke belakang di tanah air tersendiri

TWICE telah jauh tinggalkan S.E.S, Girls’ Generation & Blackpink ke belakang di tanah air tersendiri

TWICE mungkin tak berapa popular di luar rantau Asia di dunia barat terutamanya. Walaubagaimanapun, baru-baru ini, mereka telah mencipta rekod sebagai kumpulan ‘girl’ kpop pertama yang mencatat jualan album paling terbanyak sekali di kedua-dua negara Korea dan Jepun sejak awal permulaan dunia kpop. Rekod tersebut sekaligus menabalkan TWICE sebagai kumpulan kpop girl paling laris di Korea sepanjang zaman.

Dengan pelancaran album Fancy You bermula Isnin yang lalu, TWICE telah berjaya mencatat jualan sebanyak 314, 322 unit album di Korea saja berdasarkan data yang diumumkan JYP sebentar tadi. Malah, dengan 12 album EP termasuk album penuh yang dikeluarkan di Korea sejak tahun 2015 lagi, album TWICE telah terjual sebanyak 3.75 juta unit mengatasi rekod yang dipegang oleh kumpulan S.E.S sejak sekian lama lagi, diikuti oleh Girl Generations dengan 2.8 juta unit, dan juga  Blackpink dengan sekurang-kurangnya 0.4 juta unit. Manakala di Jepun pula, 8 album TWICE berbahasa Jepun tersangat laris dengan 8 juta unit terjual sepanjang mereka bergiat aktif di negara matahari terbit itu. Pencapaian itu bukan calang-calang hebat memandangkan pendengar muzik dewasa ini lebih gemar untuk menstrim berbanding membeli album.

Fancy You menampilkan single ‘Fancy’ dengan paparan video klip yang lebih menarik dan dipenuhi dengan tona warna yang pelbagai selain tarian yang lebih mengasyikkan.

Sumber: sport seoul , newsis

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.