/Sejarah tercipta sekali lagi; BTS ialah boyband kpop yang pertama raih 2 kali Top 10 di Billboard Hot 100

Sejarah tercipta sekali lagi; BTS ialah boyband kpop yang pertama raih 2 kali Top 10 di Billboard Hot 100

Setelah berjaya meraih kedudukan no.1 di dalam Billboard 200 menerusi album Map of Soul :Persona semalam, BTS juga turut meraih kedudukan tertinggi di carta hot 100 melalui single mereka, ‘Boy With Luv’ gandingan bersama Halsey mengatasi pencapaian tertinggi pernah dibuat mereka sebelum ini melalui ‘Fake Love’ pada kedudukan no. 10. Ia sekaligus meletakkan BTS sebagai boyband kpop pertama yang berjaya mendapat dua kali kedudukan top 10 di carta hot 100 dalam tempoh setahun. Selain ‘Boy with Luv’ , lagu ‘Make It Right’ yang dikompos oleh Ed Sheeran turut meraih tempat ke-95 di carta tersebut.

Kejayaan ‘Boy With Luv’ berhasil kerana penstriman terbanyak dicapai oleh kumpulan boyband tersebut di Youtube dalam masa 24 jam dengan 78 juta tontonan sejak dilancarkan pada minggu lepas dan lagu ini juga menerima penstriman yang agak banyak di Spotify. ‘Boy With Luv dijangka akan mendaki carta tersebut perlahan-lahan sebaik saja mendapat permintaan lebih tinggi di corong-corong radio selain mencatat jualan single lebih konsisten saban minggu. Sebagai pemegang rekod artis Korea pertama raih dua kali kedudukan top 10 Billboard Hot 100, BTS masih terikat dengan PSY.

BTS akan membuat persembahan sulung mereka di pentas anugerah terkemuka, Billboard Music Awards 2019 bersama Halsey pada 1 Mei 2019 nanti.

Sumber : Billboard

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.