/Produksi tv berebutkan Ji Chang Wook untuk drama terbaru tvN ‘Melt Me’ tulisan penulis Baek Mi Kyung pula ?

Produksi tv berebutkan Ji Chang Wook untuk drama terbaru tvN ‘Melt Me’ tulisan penulis Baek Mi Kyung pula ?

Jika anda pernah ikuti Kmania sebelum ini, Ji Chang Wook juga ditawarkan untuk watak utama di dalam drama ‘City of Stars’ sebagai angkawasan. Kali ini, pihak produksi drama tvN dikatakan berhasrat untuk merekruit Ji Chang Wook di dalam ‘Melt Me’ karangan penulis skrip popular Baek Mi Kyung.

Ji Chang Wook akan memegang watak utama Ma Dong Chang, seorang pengarah agensi bakat lakonan yang menjalani eksperimen sejukbeku selama lebih beberapa tahun untuk kekal awet muda. Beliau kembali hidup 20 tahun kemudian dengan fizikal mengagumkan sehingga mengejutkan adik lelakinya yang sudah dimamah usia.  ‘Melt Me’ berkisarkan tentang dua orang lelaki dan perempuan terpilih untuk menjalani projek eksperimen sejukbeku hayat manusia sebelum dihidupkan tiba-tiba 20 tahun kemudian kerana konspirasi misteri yang berlaku. Mereka bangkit daripada ‘tidur’ yang lama itu dan saling memcemuh antara satu sama lain kerana gagal mencapai apa yang mesti diikuti oleh eksperimen itu. Akibatnya, mereka terpaksa mengekalkan suhu badan sekitar 27.5 C untuk kekal selamat, jika tidak, mereka akan mati.

tvN Melt Me bakal diarahkan oleh Shin Woo Chul (“MBC Gu Family Book”,”SBS Secret Garden”,”SBS Lovers in Paris”) dan dinukilkan oleh Baek Mi Kyung (“jtbc Strong Woman Do Bong Soon”, “jtbc Woman of Dignity”, “KBS Miracle That We Met”) yang dirancangkan tayangannya selepas tvN Hotel del Luna berakhir. Ji Chang Wook akan menamatkan latihan ketenteraannya dalam 27 hari lagi.

Sumber : IS Plus

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.