/MBC Spring Night & SBS Vagabond mungkin hanya boleh ditonton menerusi Netflix saja

MBC Spring Night & SBS Vagabond mungkin hanya boleh ditonton menerusi Netflix saja

Penonton drama korea antarabangsa dalam kalangan pengguna Netflix pastinya boleh bergembira apabila Netflix telah menandatangani perjanjian untuk membeli hak penyiaran drama-drama tersebut di luar negara secara rasmi. Ini bermakna kedua-dua drama ini mungkin hanya boleh dikecapi menerusi Netflix saja.

Netflix dijadualkan untuk menayangkan drama MBC ‘Spring Night’ gandingan Jung Hae In dan Han Ji Min dan drama SBS ‘Vagabond’ lakonan Suzy dan Lee Seung Gi masing-masing pada pada 22 Mei 2019 dan 1 Jun 2019. Ini hasil perbincangan antara Celltrion Entertainment yang mewakili produser SBS TV dengan Netflix yang bercadang mencari peluang meluaskan pasaran di Korea dan Amerika Syarikat manakala JEESE Pictures yang mewakili pihak MBC TV pula ditawarkan untuk menyiarkan drama tersebut di Netflix setelah melihat keperluan memenuhi tuntutan tinggi di peringkat antarabangsa.

MBC Spring Night berkisarkan tentang pasangan di awal 30-an yang masih mencari cinta walaupun sudah berhubungan lama ini bakal diarahkan oleh pemenang Best Director CARI Kdrama Awards, Ahn Pan Suk manakala SBS Vagabond pula adalah drama aksi berbentuk risikan, merupakan drama pertama Lee Seung Gi sejak selesai berkhidmat dengan tentera.

Sumber: yonhapnews

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.