/BTS akan diterbangkan ke Kuala Lumpur sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 ?

BTS akan diterbangkan ke Kuala Lumpur sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 ?

Jaminan demi jaminan diberikan Menteri Sukan kita, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung perancangan kerajaan untuk membawa kumpulan idol paling popular sekarang ini, BTS ke Malaysia selewat-lewatnya pada tahun 2020.

Menurut beliau, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tony Fernandes telah diberikan peranan penting untuk menjadi orang tengah bagi membolehkan perbincangan dengan pihak pengurusan, Big Hit berjalan dengan lancar. “Usaha kami adalah untuk memastikan BTS datang pada tahun 2020, Tahun Melawat Malaysia, ” kata menteri tersebut meletakkan harapan penuh terhadap hartawan Malaysia terkemuka itu.

“Ia suatu kejayaan yang besar apabila lebih 200 orang (tokoh-tokoh dunia hiburan) bakal hadir (sambutan Hari Terbuka di Perbadanan Stadium Malaysia) , ” tambahnya seperti dilaporkan di dalam Astro Awani tadi.

Sumber: Astro Awani

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.