/Tak cukup lagi bakal meringkuk dalam lokap, Park Yoo Chun disaman pula mangsa kes rogol sebanyak 100 juta won

Tak cukup lagi bakal meringkuk dalam lokap, Park Yoo Chun disaman pula mangsa kes rogol sebanyak 100 juta won

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang berlaku kepada ahli kumpulan JYJ ini, Park Yoo Chun. Setelah bergelut dengan bekas tunangnya, Hwang Hana tentang kenyataan bercanggah diberikan masing-masing kepada pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah, akhirnya polis tak mahu lagi berlengah dan bertindak untuk memohon waran tangkapan ke atas Park Yoo Chun di atas kesalahan menyuntik Philopon bersama Hwang Hana.

Polis mendapati Park Yoo Chun telah menggunakan dadah tanpa kebenaran dan waran tangkapan itu dibuat untuk mengelakkan Park Yoo Chun daripada merosakkan bukti atau melarikan diri ke luar negara. Pada masa yang sama, Park Yoo Chun juga telah disaman sebanyak 100 juta won (sekitar RM 360,000) dan sebuah apartment miliknya sebagai jaminan oleh bekas mangsa kes rogol yang digelarkan media sebagai “S” pada akhir tahun yang lalu. Meskipun mahkamah membebaskan Park Yoo Chun daripada tuduhan merogol “S” dan beberapa wanita lain, mahkamah masih membenarkan saman dibuat oleh “S” pada 12 Mac lalu untuk dibicarakan.

Berikutan skandal yang masih belum selesai lagi, Park Yoo Chun terpaksa berehat sementara daripada menjalani sebarang aktiviti sejak melancarkan album solo Slow Dance pada Februari lepas. Park Yoo Chun pernah berjanji untuk bersara sepenuhnya dari dunia hiburan sekiranya terbukti beliau bersalah seperti dimaklumkannya di dalam sidang media beberapa hari yang lalu dan beliau juga telah bertindakbalas untuk mengambil tindakan saman terhadap laporan News Desk oleh MBC yang mengaitkan dirinya dengan cerita yang tak betul.

Sumber: ytn news

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.