/Drama SBS The Fiery Priest akan bersambung kembali untuk musim ke-2 nanti

Drama SBS The Fiery Priest akan bersambung kembali untuk musim ke-2 nanti

Walaupun drama SBS Fiery Priest sudah melabuhkan tirainya semalam, pihak produksi drama berkenaan semacam meletakkan harapan besar kepada penonton dalam minit-minit terakhir dengan memaparkan kapsyen besar tertulis , “We Will Be Back”  Ia memberikan gambaran seakan-akan musim ke-2 akan berlangsung tak lama lagi meskipun tiada pengesahan rasmi daripada pihak produksi.

Sejak daripada itu, netizen mula bebicara tentang kemungkinannya samada siri ke-2 nanti bakal dipercepatkan penggambarannya sebaik saja mendapat lampu hijau daripada pihak produksi dan produser tv SBS. Menurut jurucakap pihak produksi pada wartawan OSEN,  “Musim ke-2 belum lagi diputuskan lagi setakat ini. Tapi, kami akan berbincang mengenainya kerana drama ini disukai ramai.” Bercakap tentang kemungkinan adanya sekuel kepada siri yang telah ditayangkan, SBS sebelum ini pernah membuat melakukannya dengan siri Mrs. Cop kendatipun pelakon utamanya bertukar daripada Kim Hee Ae kepada Kim Sung Ryung untuk musim ke-2.

Semalam, SBS Fiery Priest berakhir dengan kes kematian paderi senior di gereja tersebut mendapat pembelaan secukupnya dan kesemua penjahat yang terbabit dengannya telah ditangkap. Kesemua krew akan diterbangkan ke Kota Kinabalu, Sabah dalam beberapa hari lagi sebagai ganjaran percutian. Kim Nam Gil dalam masa sama turut meletakkan harapan penuh untuk menyaksikan siri ini bersambung ke musim ke-2.

Baca lagi : Temuduga eksklusif : “Mereka kata Kim Hae-il hanya satu saja, Kim Nam-gil…HaHaHa” – Kim Nam Gil berseloroh tentang ‘responds’ penonton

Sumber: OSEN , news1

Komentar

comments

loading...