/Kim Ji Suk bergelut dengan Kang Ha Neul untuk memikat hati Gong Hyo Jin di dalam KBS When Camellia Flower Blooms?

Kim Ji Suk bergelut dengan Kang Ha Neul untuk memikat hati Gong Hyo Jin di dalam KBS When Camellia Flower Blooms?

Kim Ji Suk dijangka akan menyertai drama KBS When Camellia Flower Blooms sebagai salah seorang tiga lelaki yang akan memikat hati Gong Hyo Jin. Menurut jurucakap Jay Stars , “Kim Ji Suk secara positif menimbangkan tawaran lakonan itu.” Selain Kim Ji Suk, Gong Hyo Jin, Kang Ha Neul dan Son Dambi masih meniliti tawaran lakonan yang diberikan sebelum ini.

KBS When Camellia Flower Blooms diklasfikasikan sebagai drama romantik komedi dengan capaian yang suspens. Ia mengandungi cerita tentang tiga orang lelaki; (1) seorang yang baik dengan budi pekerti mulia,(2) seorang yang selalu dianggap jahat oleh masyarakat tetapi sebenarnya ‘cool’ dan (3) seorang yang tiada pendirian tetap yang selalu ‘mengalah’ dalam hidupnya. Mereka saling dikaitkan dengan wanita ‘Camelia’ pada masa lalu.

Gong Hyo Jin akan melakonkan watak diibaratkan bunga Camelia yang baru berputik, yakni seorang anak yatim piatu pada asalnya. Kehidupannya mula berubah apabila beliau diberi peluang untuk membuka kedai simpanan arak yang dioperasikan sebagai bar kecil ‘Camelia’. Dia dikhabarkan menjadi ibu tunggal dengan kehadiran seorang anak lelaki. Manakala, Kang Ha Neul pula akan memangku jawatan polis yang ditempatkan di kawasan kejiranan kecil di dalam drama ini, seorang yang agak jujur, setia, bertimbang rasa tapi tak begitu sesuai untuk dijadikan teman lelaki. Berdasarkan penampilan ini, Kang Ha Neul mungkin memenuhi kriteria lelaki nombor satu (1). Kim Ji Suk dikhabarkan akan memegang watak yang lain daripada kebiasaannya, mungkin lelaki nombor tiga (3).

PD Cha Young Joon yang terkenal dengan KBS Are You A Human Too? akan mengarahkan drama ini dan bekerjasama dengan penulis skrip Im Sang Choon (“KBS Fight My Way”) untuk tayangan slot drama KBS pada September 2019 nanti.

Sumber: donga, xsportnews , Kmania1 , Kmania2

Komentar

comments

loading...