/[Berita @ China] Li Wen Han akan ketuai UNINE secara rasmi

[Berita @ China] Li Wen Han akan ketuai UNINE secara rasmi

Li Wen Han membuat kemaskini di laman sosial weibo-nya semalam bahawa dia telah diberikan tugas untuk memimpin kumpulan cpop baru, UNINE berkuatkuasa sekarang.

“Terima kasih kerana percayakan saya. Saya akan bawa UNINE ke pentas terbaik, saya mesti buat!! ,” ciapnya di laman weibo semalam.

UNINE ialah kumpulan cpop yang lahir daripada rancangan realiti tv China, Idol Producer 2 yang berakhir pada dua minggu lepas. Ia adalah ‘spin-off’ kepada program realiti yang sama di Korea, Produce 101. UNINE terdiri daripada sembilan orang anak muda bermula dengan Li Wen Han, Li Zhenning, Yao MinMing, Guan Yee, Jia Yi, Hu Chunyang, Xia Hanyu, Chen Youwei dan akhir sekali, He Chang Xi.

Baca lagi : [Berita @ China] 9 Finalis ‘Idol Producer 2’ bakal debut dengan ‘UNINE’

Sumber: weibo

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.