/Tun Mahathir & BTS antara 100 individu paling berpengaruh TIME 2019

Tun Mahathir & BTS antara 100 individu paling berpengaruh TIME 2019

Tun Mahathir, perdana menteri Malaysia terkini dan kumpulan kpop paling popular di seantero dunia, BTS  tersenarai untuk 100 individu paling berpengaruh oleh majalah TIME bagi tahun 2019. Kedua-duanya tersenarai buat kali pertama.

Menurut TIME hasil nukilan oleh Clarie Rewcastle, kejayaan Tun Mahathir menumbangkan kerajaan pimpinan parti-parti Barisan Nasional selama 61 tahun yang mana ianya dipimpin oleh Najib Razak yang terhimpit dengan tuduhan menyonglap jutaan dolar daripada 1MDB pada pilihanraya lalu sudah cukup untuk membuktikan kemampuannya lagi-lagi pada usia yang sangat tua mencecah 92 tahun. TIME turut menambah seseorang tak perlu menjadi muda untuk menjatuhkan pemimpin yang berkuasa.

Manakala untuk BTS pula ianya dinukilkan oleh Halsey yang memuji keberkesanan komuniti (Army) dalam membantu BTS menggilapkan usaha mereka, memperbaiki sebarang cacat-cela dan tak putus-putus memanggil namanya setiap hari. Kesepakatan komuniti ini ditambah dengan bakat, pakej visual dimiliki masing-masing, nilai moral yang positif, serta keazaman mereka telah menyebabkan BTS mencapai penguasaan dunia dalam masa yang singkat. Selain tersenarai untuk 100 individu berpengaruh, BTS juga memenangi undian terbanyak TIME 100 untuk kategori pembaca bagi dua kali berturut-turut.

Time 100 yang dilancarkan pada setiap tahun bermula 1999 lagi dijadikan senarai eksklusif buat individu-individu yang berjaya mengubah dunia. Turut tersenarai kali ini termasuklah Jacinda Arden (perdana menteri New Zealand) , Donald Trump (presiden Amerika Syarikat) , Imran Khan (perdana menteri Pakistan), Lady Gaga, Taylor Swift, Ariana Grande, Rami Malek, Mohamed Saleh (pemain bola sepak Mesir) serta beberapa lagi nama-nama yang hebat.

Sumber: Time 1, Time 2, Time 3

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.