/Ternyata, ‘Boy With Luv’ nyanyian BTS bersama Halsey masih kekal terunggul di Spotify!

Ternyata, ‘Boy With Luv’ nyanyian BTS bersama Halsey masih kekal terunggul di Spotify!

Meskipun baru dilancarkan, single terbaru BTS Boy With Luv bersama Halsey kini menduduki tangga #3 di carta penstriman Global Top 50 Spotify, sekaligus mencipta rekod baru bagi kedudukan paling tinggi pernah dicapai oleh mana-mana artis K-pop.

Malah, MAP OF THE SOUL : PERSONA kini memegang rekod baru sebagai album K-Pop yang paling banyak distrim di Spotify hanya dalam masa satu hari. Kumpulan ini memecahkan rekod mereka sendiri pada tahun 2018 sewaktu album Love Yourself 結 ‘Answer’ dikeluarkan. Ia juga merupakan album K-Pop pertama di mana semua lagu-lagu album tersebut memasuki carta Global Top 50.

Boy With Luv bersama Halsey dan lagu-lagu lain dari album tersebut telah mengungguli All-Kill bagi carta Spotify Top 50 seluruh dunia, membawa kumpulan ini ke kedudukan #1 dalam 25 pasaran termasuklah Malaysia. Mereka kini turut berada dalam 10 tangga teratas bagi 71 pasaran. Ini bermakna K-Pop telah mendominasi lebih kurang 90% dari Carta Spotify Top 50 di seluruh dunia!

Artikel ini disediakan oleh Spotify Malaysia.

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.