/“Saya tak buat semua itu” – Park Yoo Chun dipanggil siasatan polis pagi tadi untuk kes salahguna dadah

“Saya tak buat semua itu” – Park Yoo Chun dipanggil siasatan polis pagi tadi untuk kes salahguna dadah

Selepas polis menyerbu premis kediaman Park Yoo Chun semalam bagi mendapatkan sampel rambut dan menyita kesemua bahan bukti termasuklah telefon bimbit dan kereta, hari ini Park Yoo Chun telah dipanggil untuk soal-siasat sebaik saja beliau tiba di hadapan polis sebentar tadi.

Park Yoo Chun yang tiba dalam keadaan tak terurus cuba mengelakkan dirinya daripada menjawab soalan-soalan wartawan yang berkumpul di balai polis itu sejak pagi tadi.  “Saya ikhlas untuk disoal-siasat. Maaf dan terima kasih, ” kata Park Yoo Chun. Dalam pada masa sama, Park Yoo Chun tetap menafikan dakwaan tersebut dengan berkata, “Saya tak buat semua itu.” Beliau terus beredar memasuki pintu utama balai polis daerah Gyeonggi Selatan itu.

TVC-mall WW

Walaupun Park Yoo Chun menafikan bahawa beliau pernah menghisap dadah bersama-sama Hwang Hana dan hanya mengambil pil tidur bagi mengubati kemurungan sebelum ini, namun bekas tunangnya itu tak mahu melepaskannya daripada didakwa bersama-sama dan dibicarakan sekali di mahkamah. Hwang Hana dikatakan telah menyerahkan beberapa keadaan dan bukti, contohnya kesan CCTV, yang menunjukkan mereka pernah melakukan perbuatan tersebut.

Menurut laporan Newsdesk MBC pada 12 April 2019, polis merekod beberapa ‘keadaan’ di mana Park Yoo Chun dan Hwang Hana pernah berulang-ulang kali menghisap dadah pada awal tahun ini saja. Setelah merekodkan testimoni daripada pihak Hwang Hana, polis berjaya menemui bukti yang agak jelas bagi menghubungkan Park Yoo Chun dan Hwang Hana dan cukup untuk dipersembahkan kepada pihak pendakwaan. Hasilnya serbuan dilakukan mulai semalam dan Park Yoo Chun dipanggil untuk soal-siasat serta-merta pagi tadi.

Sumber: yonhapnews , sport chosun

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.