/Ji Sung menjadi doktor sekali lagi untuk drama SBS Doctor Room di samping Lee Se Young & Lee Kyu Hyung

Ji Sung menjadi doktor sekali lagi untuk drama SBS Doctor Room di samping Lee Se Young & Lee Kyu Hyung

Ketiga-tiga pelakon, Ji Sung, Lee Se Young dan Lee Kyu Hyung telah mengesahkan pembabitan mereka di dalam drama SBS terbaru, ‘Doctor Room’, dirancangkan tayangannya menjelang Julai nanti.

Menurut wakil penyiar SBS pada 16 April 2019, drama ini telah pun mula penggambaran sejak minggu lepas lagi dan menjadi lebih menarik sebaik saja Ji Sung menyertainya semalam. ‘Doctor Room’.adalah drama bertemakan perubatan yang mengisahkan norma kehidupan serta kesakitan yang dialami pesakit dan doktor. Ia juga akan mengupas kisah tentang seorang doktor genius, yang merupakan pakar bius (anestesiologi) dan menjadi professor termuda.

TVC-mall WW

Jisung bakal memegang watak sebagai pakar bius Cha Yo Han, professor termuda yang berlagak tapi seorang yang genius menjadikan drama perubatan kedua yang dilakonkannya dalam tempoh 11 tahun selepas drama MBC ‘New Heart’. ‘New Heart’ yang disiarkan pada 2008 telah mencatatkan rating tontonan secara keseluruhan sebanyak 32.0 %. (Data berdasarkan Nielsen Korea). Pemenang Best Actor di 2nd dan 4th CariKdrama Awards menerusi KBS ‘Secret Love’ dan MBC ‘Kill Me Heal Me’ ini pernah membintangi drama hebat lain seperti ‘Royal Family’, SBS ‘Protect the Boss’, SBS ‘Defendant’ dan yang terbaru tvN ‘Familiar Wife’.

Lee Se Young pula akan membawa watak doktor bius Kang Si Young di bawah jagaan Cha Yo Han. Beliau akan membantu Cha Yo Han mengenalpasti masalah yang dihadapi pengunjung hospital termasuklah yang menghidapi penyakit kronik yang misteri. Drama ini merupakan drama susulan Lee Se Young selepas mempamerkan lakonan yang agak mengujakan menerusi tvN The Crowned Clown bersama Yeo Jin Gu yang disiarkan pada awal tahun ini.

Akhir sekali, Lee Kyu Yung yang meraih pencalonan Best Supporting 7th CARI Kdrama Awards menerusi lakonan di dalam tvN Prison Playbook pada tahun lepas, akan melakonkan watak pendakwaraya Son Seok Ki yang ditempatkan di selatan Seoul. Son Seok Ki seseorang yang menjadikan keadilan sebagai teras impiannya, maka apa-apa saja yang melanggar undang-undang, beliau akan ke hadapan untuk menangkisnya. Ini kali ke-2 Lee Kyu Hyung berlakon sebagai pendakwaraya selepas tvN Stranger / Forest of Secret tak lama dahulu.

SBS ‘Doctor Room’ bakal diarahkan oleh Jo Soo Won yang sebelum ini pernah mengarahkan SBS‘Still 17’ , SBS ‘I Can Hear Your Voice dan SBS ‘Pinocchio’ di mana beliau menerima pencalonan Best Director di dalam 4th CARI Kdrama Awards dan kemenangan di 4th APAN Awards. Beliau akan disatukan dengan penulis skrip Kim Ji Woon yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini menerusi drama SBS Cheongdamdong Alice.

Sumber:  IS Plus , donga

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.