/[Gempar] Amy akui pernah dikhianati rakan selebriti korea ini sebelum diarahkan tutup mulut & terima hukuman sendiri

[Gempar] Amy akui pernah dikhianati rakan selebriti korea ini sebelum diarahkan tutup mulut & terima hukuman sendiri

Tak habis-habis lagi tentang isu penyalahgunaan dadah melibatkan beberapa selebriti Korea termasuklah Seungri dan Park Yoo Chun, kali ini bekas pelakon drama korea, Amy membuat pengakuan di laman sosial miliknya semalam bahawa dia pernah diugut dan dikhianati bekas kawan baiknya yakni selebriti A yang tak dinamakan untuk menerima hukuman sendiri tanpa membabitkan nama selebriti A itu. Ia berkait dengan sabitan hukuman penyalahgunaan dadah terhadapnya pada beberapa tahun yang lalu.

Dengan berlatarkan gambar dirinya mengucup patung katak bersertakan kapsyen yang panjang lebar, Amy mengaku pernah mempunyai kawan baik selebriti yang dianggap sebagai ‘soulmate’ . Ketika ditangkap oleh polis kerana menghisap dadah jenis propofol, Amy tak menamakan selebriti itu sebaliknya meminta polis mendakwanya sendirian.  Walaubagaimanapun, sebaik saja dia menerima panggilan daripada seseorang bahawa rakan baiknya itu akan mengugut untuk merakam video seks bersamanya, Amy menyedari bahawa dirinya telah dikhianati. Selebriti tersebut yang sedang menjalani latihan ketenteraan pada masa itu, meminta Amy supaya tak mendedahkan namanya kerana khuatir kerjayanya sebagai selebriti akan berakhir sambil menafikan bahawa dia pernah mengugut Amy sebelum itu. Lebih memburukkan lagi, Amy didapati bersalah sehingga dipenjarakan selama lapan bulan (disabitkan hukuman penjara dua tahun) sehingga kemudiannya diusir keluar dari Korea Selatan manakala bekas rakan baiknya itu pula bersenang-lenang memunculkan dirinya di hadapan kaca televisyen.

TVC-mall WW

Berikutan pengakuan tersebut, netizen menamakan Wheesung sebagai seseorang kenalan selebriti pernah rapat dengan Amy sekian lama dahulu berdasarkan kenyataan Amy di dalam rancangan ‘Wicked Diary; yang disiarkan di Olly Tv pada tahun 2008 bahawa Wheesung ialah ‘soulmate’ nya. Wheesung pernah dibebaskan daripada tuduhan menggunakan propofol secara haram pada sekitar tahun 2012-2013. Menurut sumber yang dipercayai, beliau dikatakan pernah menggunakan dadah untuk mengubati kemurungan dihidapinya.

 

Sumber: news kimb

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.