/Peminat dirundung perasaan hiba melihat Minho SHINee & Dongwoo Infinite pergi tinggalkan mereka buat sementara

Peminat dirundung perasaan hiba melihat Minho SHINee & Dongwoo Infinite pergi tinggalkan mereka buat sementara

Choi Minho SHINee dan Dongwoo Infinite akan melangkah pergi keluar daripada dunia hiburan buat sementara bagi menjalani latihan ketenteraan hari ini.

Gambar alih bahasa Inggeris dikreditkan pada Shawols.
Surat peribadi dimuatnaik ke dalam laman sosial SHINee. Diubahsuai oleh Shawols.

 

 

Gambar alih bahasa Inggeris dikreditkan pada ballon_wanted.

 

Surat peribadi dimuatnaik oleh Dongwoo.

 

Minho akan menyertai pasukan marin di Kem Latihan Marin di Gyeongbuk Pohang manakala Dongwoo pula tak menyatakan secara spesifik tetapi beliau akan aktif menjalani latihan ketenteraan. Kedua-duanya sempat memuatnaik surat peribadi ditujukan buat peminat mereka semalam di laman sosial instagram masing-masing. Serentak dengan pengumuman tersebut, peminat-peminat terutamanya daripada Shawols dan Inspirits melahirkan perasaan hiba mereka dan berharap mereka dapat pulang semula dalam keadaan sihat sejahtera.

Minho dilihat mencukurkan rambutnya di hadapan tukang gunting rambut sambil melemparkan senyuman manis tanda keterujaannya untuk menyertai latihan marin pada keesokan harinya manakala Dongwoo pula meluangkan masa makan bersama-sama adik perempuan bongsunya, Sebin dan sempat bergurau meminta adiknya itu melindungi keluarganya sepanjang ketiadaannya.

Kedua-duanya sudah pun mengadakan pertemuan bersama peminat secara solo sebelum mengumumkan pemergian mereka. Minho dengan single solo ‘I’m Home’ dilancarkan pada dua minggu lepas dan disusuli dengan The Best Choice Minho: Asian Tour pada 30 Mac 2019 manakala Dongwoo pula dengan single ‘News’ dan album solo ‘Bye’. Selain bergiat aktif sebagai penyanyi, Choi Minho juga dikenali dengan lakonan dalam drama-drama seperti SBS To The Beautiful You (adaptasi Hanakimi) dan KBS Hwarang bersama Park Seo Joon, Park Hyung Sik ZE:A, Taehyung BTS dan Go Ara.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...