/JRock Band : [ALEXANDROS] kembali ubati kerinduan peminat di Malaysia Julai depan, tiket mula dijual 19/4 ini

JRock Band : [ALEXANDROS] kembali ubati kerinduan peminat di Malaysia Julai depan, tiket mula dijual 19/4 ini

Berita baik kepada penggemar muzik Jepun dan khasnya kepada peminat kumpulan JROCK, [ALEXANDROS]. Ini peluang anda untuk sekali lagi menikmati persembahan bertenaga dari mereka.

Pihak penganjur, Toybox Projects Malaysia sangat teruja untuk mengumumkan bahawa mereka akan membawakan kembali kumpulan J-ROCK popular dari negara matahari terbit; Jepun, [ALEXANDROS] untuk kali kedua ke Kuala Lumpur!

TVC-mall WW

[ALEXANDROS] yang kini semakin laku keras juga akan mengunjungi negara Asia lain, termasuk Shanghai, Beijing, Hong Kong, Taipei, Seoul, Bangkok dan Jakarta sempena ‘Sleepless Asia Tour 2019’ .  Konsert mereka di Kuala Lumpur akan diadakan pada 19 July 2019 (Jumaat) bertempat di Bentley Music Auditorium, mulai 8.30 malam.

 

[ALEXANDROS] juga akan mengadakan sesi perjumpaan dengan peminat secara eksklusif, tetapi hanya terhad kepada pemegang tiket VIP sahaja! Mereka akan memberikan yang terbaik untuk berjumpa dengan para peminat! Pemegang tiket VIP berpeluang untuk sessi bertemu-ramah serta berjabat tangan dengan [ALEXANDROS], mengambil gambar secara berkumpulan, dapat poster konsert yang telah ditandatangan dan yang paling utama, anda akan diberi keutamaan untuk masuk ke lokasi konsert mereka.

Pada September tahun sudah,  [ALEXANDROS] telah mengeluarkan sebuah lagu baru berjudul「Arpeggio」yang juga merupakan lagu tema bagi permainan aksi “Judge Eyes” bagi PlayStation 4. Pelakon Takuya Kimura merupakan watak utama untuk permainan tersebut. Muzik video [ALEXANDROS] Arpeggio turut menampilkan Takuya Kimura disebalik aksi beliau dalam pembikinan permainan aksi “Judge Eyes”.

Kumpulan itu juga memberitahu akan mengeluarkan lagu terbaru berjudul「Pray」pada bulan Mei depan. Lagu ini juga telah terpilih sebagai lagu tema berbahasa jepun untuk filem sekuel Godzilla “Godzilla: King of the Monsters”.

[ALEXANDROS], dianggotai oleh: Yoohei Kawakami  (vokal dan gitar), Hiroyuki Isobe  (bass dan vokal sokongan), Masaki Shirai (gitar) dan Satoyasu Shomura (drum). Band ini menampilkan muzik alternatif campuran dan hard rock dengan element pop punk dan emo, memberikan mereka bunyi kontemporari yang membawa mereka kepada pasaran muzik yang luas. Mereka menyampaikan lagu-lagu dalam bahasa Jepun dan Inggeris, yang menjadikan muzik mereka mudah diakses oleh audience diperingkat global. Antara Lagu popular mereka adalah yang menghiasi filem popular ‘BLEACH’ pada tahun 2017.

Baca juga : J-Event : [ALEXANDROS] Live in Kuala Lumpur 2018

 

[ALEXANDROS] Sleepless in Kuala Lumpur 2019 di bawakan oleh  Toybox Projects; dengan kerjasama UKPM (Artist Management); RX-Records (Music Label); creativeman (Tour Agent); Livemasters Inc. (Tour Producer); serta ditaja oleh by EPOP (Official Magazine) dan Rentak Sejuta (Official Online Media)

Harga tiket adalah VIP RM438 / Zone A RM288 (pre-sale) RM308 (at door) / Zone B RM138 (pre-sale) RM158 (at door) dan konsert ini adalah berkonsepkan ‘standing concert’. Kemasukkan ke tempat konsert berpandukan kepada nombor tiket. Harga tiket tidak termasuk bayaran pemprosesan dan pengendalian yang lain.

Tiket akan mula dijual pada 19 April ini, jam 10 pagi menerusi laman rasmi Ticket Charge (www.ticketcharge.com.my). Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan ticketcharge, anda boleh hubungi  +603 9222 8811 (Kuala Lumpur)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Toybox Projects di  https://www.toyboxprojects.com/alexandros-2019 atau FB Toybox Project.  Selain itu, untuk kenali [ALEXANDROS] dengan lebih lanjut lawati mereka di https://alexandros.jp

Komentar

comments

loading...