/[Info] 6 selebriti Korea ini mungkin takkan lupakan Malaysia kerana pernah berada di sini dahulu

[Info] 6 selebriti Korea ini mungkin takkan lupakan Malaysia kerana pernah berada di sini dahulu

Jangan tak tahu ada beberapa selebriti Korea yang ada kaitan dengan Malaysia. Siapakah selebriti – selebriti tersebut ? Jom baca!

1.Isaac In2It

Yang pertama dalam senarai semestinya wakil orang Malaysia sendiri yang menjadi idol di Korea- Isaac Voo. Isaac yang berasal dari Sabah menjalani rancangan uji bakat yang disiarkan di Mnet iaitu Boys24 pada tahun 2016. Isaac yang berusaha bersungguh-sungguh telah terpilih untuk debut sebagai ahli In2It dengan lagu debut “Carpe Diem” (2017). Isaac juga pernah berkongsi video di mana dia cuba mengajar ahli-ahli yang lain untuk berbahasa Melayu. In2It juga pernah mengadakan showcase tahun lalu di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

TVC-mall WW

Saksikan video In2It menyanyikan lagu Gemilang dalam jelajah In2It tahun lalu.

Baca lagi :  Isaac KPOP Idol Pertama dari Malaysia bakal Debut Bersama IN2IT Hujung Bulan Ini , IN2IT nak jual murtabak pula?

2. Han ( Stray Kids)

Han Jisung salah seorang ahli dari Stray Kids pernah bersekolah di Malaysia. Dia pernah menetap di Malaysia selama 6 tahun sebelum membuat keputusan menjadi pelatih JYP. Han juga sering berkongsi pengalamannya duduk di Malaysia dengan ahli-ahli Stray Kids. Stray Kids telah pun memulakan jelajah Unveil. Namun nampaknya hijab “penganjur Malaysia masih tertutup” haha .Ketika ini Stray Kids hanya singgah di negara-negara jiran. Ramai Stay ( nama peminat Stray Kids) Malaysia yang menunggu Han balik semula ke kampungnya di sini.

Saksikan kompilasi video Han bercakap mengenai Malaysia yang dikongsi oleh salah seorang Stay dari Malaysia.

3. Seo Kang Joon

Seo Kang Joon pelakon popular yang pernah berlakon di dalam drama Cheese In the Trap , Are you human ? , Entourage dan banyak lagi. Sama seperti Han, Seo Kang Joon juga pernah bersekolah di Malaysia.  Dia pernah bercerita mengenai ini ketika dia berada di dalam rancangan “variety” Roommates. Seo Kang Joon pun belum lagi dapat menjejakkan kaki kembali ke Malaysia. Penganjur-penganjur silalah jemput Seo Kang Joon balik Malaysia.

4. Got7 dan Sana ( Twice)

Jangan tak tau , Got7  dan Sana pernah ke Shah Alam! Ini adalah untuk rakaman video muzik bagi lagu “A”. Ini adalah single kedua Got7 selepas Girl,Girls,Girls. Kali terakhir Got7 di Malaysia adalah untuk perjumpaan peminat pada tahun 2016. Bila nak datang lagi ni ?

Sana dari Twice pula telah menjadi watak utama perempuan dalam muzik video ini. Ketika ini Sana masih seorang pelatih. Tahun lepas adalah mimpi ngeri untuk para Once Malaysia (nama peminat Twice) apabila konsert Twiceland Malaysia dibatalkan saat -saat akhir kerana masalah di lokasi. Namun masih ada sinar harapan apabila Twice mengumumkan di Twitter Malaysia menjadi penutup jelajah mereka tahun ini. Penganjur sila berikan perhatian yang penuh dan pastikan kesemua persediaan adalah lengkap kali ini ya ? Belum ada lagi pengumuman rasmi untuk jualan tiket. Jangan lupa langgan dan ikut KMania untuk pengumuman Twice World Tour Malaysia Ogos ini.

Ok kita recap kembali Sana dan Got7 dalam “A” . Muzik video ini telah pun mencapai lebih 100 juta tontonan.

5. Super Junior

Super Junior telah pun datang ke Malaysia pada tahun 2006 sebelum Hallyu menjadi popular seperti sekarang.  Mereka adalah “sunbaenim” pelopor-pelopor Hallyu seangkatan dengan Wonder Girls, TVXQ ,Girls Generation. Mereka merakamkan muzik video “Dancing Out” di sekitar Kuala Lumpur. Donghae dan Eunhyuk dari Super Junior juga bakal melawat Malaysia kembali 4 Mei ini untuk siri jelajah “Super Junior D & E concert”

Saksikan Super Junior  menari di  Bukit Bintang dan KLCC :

Baca lagi  : ELF Malaysia, saksikan persembahan istimewa Super Junior D & E, Mei ini!

Cukup 5 dulu, nanti kita tambah lagi dari semasa ke semasa. Antara selebriti- selebriti ini siapa yang paling anda ingin jumpa di Malaysia ?

Komentar

comments

loading...