/Online Tiket Konsert SJ – D&E di KL, dijual mulai 14 April!

Online Tiket Konsert SJ – D&E di KL, dijual mulai 14 April!

Terkini : Para peminat Super Junior dan Super Junior D&E boleh mendapatkan tiket konsert ‘Super Junior-D&E Concert [The D&E] in Kuala Lumpur’ hari ini (14 April 2019) mulai jam 10.00 pagi.

Lebih kurang 400 peminat telah mendapatkan tiket mereka di Sunway Velocity pada semalam. Nampaknya, tidak sia-sia SM Entertainment menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert Super Junior D&E World Tour.

Untuk makluman, ini merupakan konsert pertama Donghae dan Eunhyuk di Malaysia sebagai SJ D&E. Kedua-dua mereka sangat komited untuk menjadikan persembahan tersebut suatu kenangan yang tidak boleh bersama dengan peminat mereka, ELF.

Peminat boleh mula mendapatkan tiket secara online 10 pagi ini via Ticket Charge (https://premier.ticketcharge.com.my/),  atau boleh kunjungi ticket booth yang telah selaku agen jualan rasmi tiket konsert.

Tiket boleh didapati pada harga RM688 (ROCKZONE), RM588 (VIP – Number Seated), RM488 (CAT 1 – Number Seated), RM388 (CAT 2 – Number Seated) and RM238 (CAT 3 – Number Seated), tidak termasuk RM4 sebagai bayaran pemprosesan untuk setiap belian tiket. 

Setiap orang TERHAD kepada belian 8 tiket SAHAJA untuk setiap pembelian.

Jadi, ayuh dapatkan tiket anda sebelum kehabisan.

SUPER JUNIOR-D & E CONCERT [THE D & E] di KUALA LUMPUR

Tarikh : 4 Mei 2019 (Sabtu), 4.30 petang
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ‘follow’ laman sosial media MIC Entertainment ini:

Facebook : MICEntertainmentGroup
Instagram: @MIC.Entertainment
Twitter: @MICEntertainme1

Komentar

comments

loading...