/BTS & Halsey akan menggegarkan pentas Billboard Music Awards 2019 dengan lagu duet ‘Boy With Luv’

BTS & Halsey akan menggegarkan pentas Billboard Music Awards 2019 dengan lagu duet ‘Boy With Luv’

Pihak produksi telah mengesahkan bahawa kumpulan kpop paling popular di dunia sekarang ini, BTS dan Halsey akan bergandingan sama untuk menggegarkan pentas Bilboard Music Awards pada 1 Mei 2019 nanti. Pihak produksi menyampaikan berita gembira itu menerusi kapsyen instagram @Bbmas sebentar tadi.

Lagu yang akan dinyanyikan mereka sudah pastinya single ‘Boy With Luv’ yang baru dilancarkan kelmarin. Setakat ini, ia sudah mencipta rekod tontonan terbanyak di Youtube dalam masa 24 jam, lantas mengatasi rekod yang dipegang oleh Blackpink dan Ariana Grande selain mencatat penstriman tertinggi di laman Spotify.

TVC-mall WW

Di samping membuat persembahan, BTS juga tercalon dalam dua kategori iaitu TOP Duo/Group dan Top Social Artist yang mana mereka telah berjaya merangkul anugerah Top Social Artist itu untuk dua tahun berturut-turut. Menariknya pada tahun ini, BTS akan bersaing dengan dua lagi rakan senegaranya, EXO dan Got7 selain Ariana Grande dan Louis Tomlinson.

Untuk penonton Malaysia, Bllboard Music Awards mungkin boleh ditonton secara langsung menerusi cenel 518 Astro CNBNC. Kami akan cuba dapat pengesahan dari semasa ke semasa.

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.