/BTS sekali lagi mendunia; cipta rekod dunia 78.1 juta tontonan di Youtube dalam 24 jam dengan ‘Boy With Luv’ saja

BTS sekali lagi mendunia; cipta rekod dunia 78.1 juta tontonan di Youtube dalam 24 jam dengan ‘Boy With Luv’ saja

Single ‘Boy With Luv’  sememangnya meninggalkan impak sangat besar baik buat peminat BTS sendiri, Armys, peminat kpop mahupun peminat muzik antarabangsa. Masakan tidak, BTS telah mencipta rekod dunia terbaru pula dengan lebih 78.1 juta tontonan di Youtube dalam masa 24 jam menewaskan pemegang takhta sebelum ini iaitu Blackpink menerusi single ‘Kill This Love’ dengan 56.7 juta dan disusuli dengan Ariana Grande menerusi single ‘Thank U, Next’ dengan 55.4 juta.

Penangan ‘Boy With Luv’ tak terhenti di situ saja. Selain penstriman terbanyak di Youtube dalam masa 24 jam, jualan single ‘Boy With Luv’ juga agak laku keras apabila mencapai kedudukan no.1 di carta Itunes harian seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat dan Malaysia. Penerimaan single itu di Korea Selatan juga agak hebat apabila meraih no.1 di carta muzik harian seperti Soribada, Naver, Mnet, Bugs, Genie dan Melon sejak semalam.

TVC-mall WW

“Boy With Luv” yang merupakan kolaboratif pertama mereka bersama penyanyi Amerika Syarikat, Hasley ialah lagu yang berentakkan pop funkie, menceritakan tentang kebahagiaan yang dikecapi daripada sesuatu yang mungkin tampak kecil di dalam kehidupan. Hasley dikatakan menerima untuk berkolaboratif di dalam lagu tersebut kerana melodinya sangat mudah untuk didengari. Turut dimuatkan dalam album ‘Map of The Soul: Persona’ itu termasuklah “Persona” (dendangan solo Kim Nam Joon) , “Mikrokosmos” (소우주) , “Make It Right” ,  “Home” , “Jamais Vu” dan “Dionysus”.

Sumber: Youtube , Naver

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.