/Yeon Woo Jin, Kim Se Jong, Park Ji Yeon & Song Jae Rim disahkan bintangi drama KBS Let Me Hear Your Song

Yeon Woo Jin, Kim Se Jong, Park Ji Yeon & Song Jae Rim disahkan bintangi drama KBS Let Me Hear Your Song

Ketika merekruit Song Jae Rim dan Kim Seo Jong untuk drama KBS Let Me Hear Your Song, pihak produksi turut menambah Yeon Woo Jin dan Park Ji Yeon (TARA) di dalam senarai barisan pelakon. Keempat-empat pelakon ini telah bersetuju untuk membintanginya yang dirancang untuk tayangan bulan Julai.

Yeon Woo Jin akan melakonkan watak seorang pemain piano bernama Chang Yoon yang agak misteri dan selalu melatih vokal penyanyi. Pada suatu hari, dia bertemu dengan seorang gadis bernama Hong Il Young (bakal dilakonkan oleh Kim Se Jong) yang sukar untuk tidur malam dan selalu terlewat kerana penyakit insomnia-nya itu. Chang Yoon tak mengejutkannya pada waktu pagi tapi sebaliknya mengenakan ‘panggilan petang’ (“Evening Call”) setiap hari bagi mengubati penyakitnya itu.

Song Jae Rim pula akan memegang watak utama seorang professor madya kolej muzik bernama Nam Ju Wan, merangkap seorang ‘maestro’ , yakni konduktor muzik kumpulan simfoni orkestra. Nam Ju Wan kelihatan pelik tapi sebenarnya penuh dengan kemesraan. Song Jae Rim akan menyelongkar misteri di sebalik kehilangan memori dihadapi oleh Hong Il Young kerana trauma akibat menyaksikan pembunuhan kejam pada suatu masa dahulu. Terakhir sekali, Park Jin Yeon pula sebagai Ha Eun Joo, seorang pemain violin di bawah arahan maestro  Nam Jun Wan.

KBS ‘Let Me Hear Your Song’ akan diarahkan oleh Lee Jung Mi (KBS Naeil’s Cantabile) dan mendapat khidmat penulis skrip, Kim Min Joo (Sunny Again Tomorrow).

Sumber: chosun ilbo , ytn

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.