/Yang Se Jong nafi ditangkap polis kerana kantoi hisap syabu

Yang Se Jong nafi ditangkap polis kerana kantoi hisap syabu

Yang Se Jong menerusi wakil pihak tertentu membuat penafian tadi apabila namanya dikaitkan dengan pelakon yang memakai nama keluarga ‘Yang’ dan ditangkap kerana menghisap syabu.

“Yang Se Jong sedang menjalani penggambaran drama sekarang. Dia bukannya Encik Yang seperti didakwa kerana menghisap dadah ,” kata wakil tersebut. Drama yang dirujuk itu ialah jtbc My Country digandingkan bersama Jang Hyuk dan Woo Do Hwan.

Dari kiri: Yang Ik Joon, Yang Dong Geun dan Yang Hyun Min

Selain Yang Se Jong, ketiga-tiga pelakon yang bermula dengan nama Yang iaitu Yang Ik Joon, Yang Dong Geun dan Yang Hyun Min, dan turut dispekulasikan sebelum ini, menyangkal dakwaan bahawa mereka ialah pelaku tersebut.

Semalam, laporan Yonhap News TV menyebut polis menerima panggilan kecemasan 112 bahawa seorang lelaki dikatakan sedang dalam cubaan membunuh diri apabila dia dilihat melompat ke arah kereta di tengah jalan raya berdekatan dengan hotel Nonhyeondong, Gangnam, Seoul sekitar jam 3.00 pagi. Semasa polis tiba di tempat kejadian sepuluh minit kemudian, pelakon itu telah menunjukkan kelakuan yang tak normal dan tergagap-gagap sehingga membawa kepada penahanannya bagi saringan ujian dadah. Hasilnya, pelakon ‘Yang’ tersebut didapati positif ujian dadah jenis syabu.

Sumber: mk starherald pop , yonhapnews

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.