/[Terkini] Netizen mengesyaki antara tiga pelakon ini kena tangkap polis tadi kerana hisap syabu & cubaan bunuh diri

[Terkini] Netizen mengesyaki antara tiga pelakon ini kena tangkap polis tadi kerana hisap syabu & cubaan bunuh diri

Dari kiri: Yang Ik Joon, Yang Dong Geun dan Yang Hyun Min

Baru-baru ini, seorang pelakon yang dikenali dengan nama keluarga, ‘Yang’ yang popular dalam drama dan filem telah ditangkap polis tadi setelah didapati menghisap syabu.

Menurut laporan Yonhap News TV sebentar tadi, polis menerima panggilan kecemasan 112 bahawa seorang lelaki dikatakan sedang dalam cubaan membunuh diri apabila dia dilihat melompat ke arah kereta di tengah jalan raya berdekatan dengan hotel Nonhyeondong, Gangnam, Seoul sekitar jam 3.00 pagi.

Semasa polis tiba di tempat kejadian sepuluh minit kemudian, pelakon itu telah menunjukkan kelakuan yang tak normal dan tergagap-gagap sehingga membawa kepada penahanannya bagi saringan ujian dadah. Hasilnya, pelakon ‘Yang’ tersebut didapati positif ujian dadah jenis syabu. Berdasarkan siasatan setakat ini, polis turut cuba mengesan bagaimana pelaku tersebut memperolehi syabu.

Serentak dengan pendedahan berita tersebut, nama-nama seperti Yang Dong Geun, Yang Ik Joon dan Yang Hyun Min telah dispekulasikan oleh netizen di media sosial. Ketiga-tiganya dikatakan telah pun menafikan spekulasi tersebut terutamanya sekali Yang Dong Geun.

Sumber: herald pop , yonhapnews

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.