/Pelakon Son Seung Won akhirnya dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara

Pelakon Son Seung Won akhirnya dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara

Pelakon Son Seung Won, yang mencipta nama menerusi drama ‘Hello My Twenties’ dan ‘Laughter in Waikiki’ , telah dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara berikutan kesalahan memandu mabuk, memandu tanpa lesen, dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Hakim senior Hong Ki Chan menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan penjara ke atas Son Seung Won setelah tertuduh mengaku bersalah melanggar akta Undang-undang Hukuman Tambahan terhadap Jenayah Khusus kerana melarikan diri dari kejadian kemalangan dan undang-undang jalanraya kerana memandu secara mabuk serta tanpa lesen.

TVC-mall WW

Hakim Hong Ki Chan memberitahu, “Tertuduh sebelum ini telah didenda bagi dua kesalahan iaitu memandu secara mabuk. Disebabkan tidak wujud kesedaran kepada tertuduh, sekali lagi beliau terlibat dengan memandu mabuk dan melarikan diri dari tempat kejadian pada 26 Disember lepas. Tertuduh juga mengelak daripada bertanggungjawab di atas kemalangan tersebut sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa selain cuba mengubah kebenaran apabila juniornya yang ketika itu sebagai penumpang dikatakan sebagai pemandu pada ketika itu. Ini memperlihatkan budaya yang tidak sihat dan jenayah yang serius. Walaupun Undang-undang Yoon Chang Ho tidak terpakai dalam kes ini, selepas membuat pertimbangan sewajarnya, tertuduh perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Sementelah beliau ukan sahaja memandu mabuk, tapi melarikan diri dari tempat kemalangan. Oleh itu, hukuman penjara selama 18 bulan dijatuhkan terhadap tertuduh.”

Undang-undang menetapkan, jika seseorang cedera disebakan oleh pemandu mabuk, pesalah akan dikenakan hukuman penjara  antara 1-15 tahun, dan didenda antara 10,000,000-30,000,000 KRW ($ 8,772-26,317 USD). Walau bagaimanapun, jika pemandu mabuk mencederakan seseorang dan kemudian melarikan diri dari tempat kejadian, hukuman itu akan meningkat kepada maksimum penjara 30 tahun. Denda kekal maksimum 30,000,000 KRW.

Semasa perbicaraannya pada 14 Mac, Song Seung Won menyatakan, “Selama 70 hari saya  dipenjarakan, saya sangat menyesali atas  tindakan saya. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi. Saya minta maaf kepada mangsa yang cedera. “Ia juga didedahkan bahawa Son Seung Won telah menerima rawatan atas gangguan panik selama setahun dan akan mengambil ubat semasa menjalani hukumannya.

Untuk pengetahuan, kes ini telah dikemukakan kepada pihak pendakwaan pada 7 Januari, dan Son Seung Won menghadiri perbicaraan pertamanya. Beliau turut mengemukakan permohonan pelepasan bersyarat pada 11 Februari, tetapi permintaannya ditolak. Diharapkan pelakon ini akan menginsafi setiap perbuatannya dan akan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab pada masa depan.

Sumber : Naver

Komentar

comments

loading...