/BTS lancarkan album ‘Map of The Soul: Persona’ & single ‘Boy With Luv’ serentak hari ini

BTS lancarkan album ‘Map of The Soul: Persona’ & single ‘Boy With Luv’ serentak hari ini

BTS akan melancarkan album mini,”Map of The Soul: Persona” dan single “Boy With Luv”, serentak pada jam 6 petang (waktu korea bersamaan dengan 5 pm waktu tempatan) hari ini, 12 April 2019.

Sebilangan netizen tak sabar menanti buah tangan terbaru kumpulan kpop terbesar di seluruh dunia ini setelah menonton teaser dikeluarkan oleh Big Hit. Big Hit memuatnaik ‘teaser’ video klip “Boy With Luv” di dalam laman youtube, menampilkan Hasley yang keluar dari pondok telefon sambil diperhatikan sekelompok remaja (yakni kesemua ahli BTS) di luar. Menurut sumber yang dipercayai, “Boy With Luv”, kolaboratif mereka bersama penyanyi Amerika Syarikat, Hasley ialah lagu yang berentakkan pop funkie, menceritakan tentang kebahagiaan yang dikecapi daripada sesuatu yang mungkin tampak kecil di dalam kehidupan. Hasley dikatakan menerima untuk berkolaboratif di dalam lagu tersebut kerana melodinya sangat mudah untuk didengari.

TVC-mall WW

Selain “Boy With Luv”, “Map of The Soul: Persona” turut memuatkan lagu solo rap nyanyian Kim Nam Joon (Rap Monster) iaitu “Intro : Persona” yang dikeluarkan lebih awal pada minggu lepas. Lima lagi tajuk lagu lain yang tersenarai adalah “Mikrokosmos” (소우주) , “Make It Right” ,  “Home” , “Jamais Vu” dan “Dionysus”.

“Mikrokosmos” menceritakan tentang bagaimana keminatan terhadap sesuatu boleh mengubah dunia manakala “Make It Right”, satu-satunya lagu ciptaan penyanyi pop antarabangsa terkenal, Ed Sheeran pula berkisarkan tentang cinta yang terhasil selepas melihat seseorang pulih daripada alami kejatuhan di dalam hidupnya. Lagu “Home” pula adalah dibuat untuk peminat mereka, Armys yang memberikan mereka perlindungan selama ini manakala “Jamais Vu” merupakan lagu nyanyian tiga J serangkai – Jungkook, Jin dan JHope. Akhir sekali,  “Dionysus” seperti juga “Intro: Persona”, adalah lagu berentakkan hip hop. Setakat ini, album ini berjaya meraih langganan awal lebih tiga juta.

Album “Map of The Soul: Persona” merupakan album ke-6 mereka selepas “Love Yourself: Answer”. BTS akan membuat kemunculan di program Saturday Night Live (SNL) bersama Emma Stone pada tengah malam hari Sabtu, 13 April 2019 serentak dengan konsert jelajah mereka di Amerika Syarikat.

 

Sumber: Billboard, donga

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.