/Sebagai ganjaran dapat ‘ratings’ tinggi, krew drama SBS Fiery Priest dibawa bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah

Sebagai ganjaran dapat ‘ratings’ tinggi, krew drama SBS Fiery Priest dibawa bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah

Pihak produksi SBS tampaknya berbesar hati untuk memberikan ganjaran kepada krew drama SBS Fiery Priest termasuklah para pelakonnya di atas kejayaan meraih ‘ratings’ tertinggi saban minggu.

Mereka dijangka akan berangkat pada 22 April 2019 ke Kota Kinabalu, Sabah untuk beberapa hari. Sepanjang percutian tersebut, krew akan dibawa berjalan-jalan di sekitar bandaraya negeri di bawah Bayu itu sambil menikmati panorama Gunung Kinabalu yang terletak berhampiran dengannya.

SBS “Hot Blooded Priest” atau “Fiery Priest” adalah sebuah drama unik misteri komedi atau kriminal komedi tentang seorang paderi yang panas baran dan detektif yang kurang cekap di mana keduanya akan bergabung tenaga bagi menyelesaikan kes pembunuhan seorang paderi tua. Rata-rata penonton berasa terhibur dengan adegan komedi ditonjolkan di dalam drama ini dengan beberapa parodi mengujakan, jadi tak mustahil drama ini mengekalkan penguasaan ratings tertinggi pada setiap minggu. Sehingga kini, SBS Fiery Priest telah mencatat rating sebanyak 19.4% mengikut nilaian Nielsen.

Baca lagi : Penuh dengan selamba, Kim Nam Gil menyamar bapuk jadian di dalam SBS The Fiery Priest

SBS Fiery Priest yang dibintangi oleh Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Honey Lee, Go Joon, Keum Sae Rok ini boleh ditonton di ONE TV Asia Ch 393 setiap Sabtu & Ahad jam 5.05 Petang.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.