/“Saya minta maaf..” – Roy Kim mencebik rasa kesal dengan wajah yang sugul di hadapan orang ramai

“Saya minta maaf..” – Roy Kim mencebik rasa kesal dengan wajah yang sugul di hadapan orang ramai

Penyanyi solo Korea terkenal, Roy Kim atau nama sebenarnya, Kim Sang Woo telah dituduh bersubahat menyebarkan video seks rakaman Jung Joon Young tanpa kerelaan mangsa dan beliau hadir hari ini untuk menghadapi siasatan polis.

Roy Kim yang kelihatan susut badannya telah ditahan pihak polis dari Jabatan Metropolitan Seoul sebagai suspek sebaik saja beliau tiba pada jam 2.45pm dan terus dikerumuni puluhan wartawan yang sudah menunggu ketibaannya sejak pagi tadi.

TVC-mall WW

“Saya dengan ikhlas, ingin memohon maaf kepada peminat, keluarga dan mereka yang telah menyokong dan membantu saya selama ini. Saya ikhlas untuk disiasat. Mohon maaf ,” ucap Roy Kim sambil mencebikkan mukanya tanda kesal atas pembabitannya di dalam skandal berkenaan.

Beberapa wartawan sempat menanyakan soalan cepumas, “Adakah kamu sendiri rakam?”, “Tahukah kamu ianya salah di sisi undang-undang?” ,”Adakah kamu pernah ambil dadah seperti dilaporkan dalam ‘chatroom’?” tapi tak dijawab langsung olehnya. Roy Kim segera masuk ke dalam balai polis sambil diiringi pegawai polis yang bertugas.

Roy Kim akan didakwa kerana melanggar Akta Khas Hukuman terhadap Keganasan Seks di atas kesalahan berkongsi atau menyebarkan video seks dan gambar-gambar mangsa tanpa pengetahuan mereka. Tuduhan itu dikatakan akan dibaca sekali bersama-sama dengan kesalahan sama dikenakan ke atas Jung Joon Young, Seungri dan Choi Jong Hoon.

Sumber: OSEN , chosun ilbo

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.